13.10.19

Youtuber 李子柒 Liziqi

Sinematografi Youtube dia semua meletops.

Tak ingat la sapa haritu komen kat blog or my FB ka suruh aku follow Youtuber dari China bernama 李子柒 Liziqi.  Tapi masa hangpa mesej aku suruh aku tengok,  aku dah tengok lama dah minah ni.  Hala....rumah aku takdak TV.  So Youtuber dan Netflix dan segala maknena online movie memang aku lajiu la.

Kepada sesiapa yang tak tau,  mai sini aku nak story sikit pasai 李子柒 Liziqi.  Dia ni seorang Youtuber dari China.  Youtube channel dia ada ramai followers daripada seluruh dunia.  Walaupun sepatah haram dia tak cakap orang putih dalam video tu dan kadang-kadang ja video dia ada subtitle,  selalunya memang takdak pun.  Tapi content dia very universal....semua orang suka.  Apa yang dia paparkan dalam Youtube dia?

Dia paparkan kehidupan dia di kampung halaman dia.  Dia duduk kat daerah Mianyang, Sichuan kat negara China,  dan kampung dia ada empat musim.  Musim salji pun ada.  So dia akan paparkan video dia memasak,  tanam pokok,  tanam padi,  masuk hutan kutip hasil hutan,  pastu bok balik hasil hutan tu,  dia akan proses semua makanan tu untuk makan haritu dan untuk simpan pada masa musim-musim lain.  Selain dia papar kerja-kerja memasak dan proses makanan,  dia jugak tunjuk kerja dia membuat perabut dan membuat baju.  Semuanya melalui teknik tradisional masyarakat China.


Oven tanah liat ni pun dia buat sendiri.  Haram la deni.

Memang aku salute perempuan ni sebab dalam Youtube dia tunjuk semua kerja dia buat sendiri.  Hang bayangkan dia kecik ja macam Shiela Majid,  tapi style boleh kutip rebung satu raga besaq dan angkut bok balik rumah.  Aku tengok kegigihan dia pun boleh stress macam nak mai Bipolar dah.  Macam mana kecik ni boleh kuat lagu ni.

Dalam komen-komen yang aku baca dan internet,  depa ada habaq la kisah hidup 李子柒 Liziqi macam kesian.  Dia dulu duduk bandar dengan mak bapak dia,  tapi mak bapak dia tak suka kat dia ka macam mana.  So dia balik mai duduk kampung dengan nenek dia.  Tapi nenek dia dah tua.  Tu yang dia buat kerja semua sendiri,  dan sambil-sambil tu dia pun buat video.  Mula-mula dulu,  hangpa bayangkan semua video dia shoot sendiri dan edit sendiri.  Lani dia dah ada team dia sendiri.

Ada banyak video kat Youtube menunjukkan dia ditemuramah oleh media di negara China.  Tapi sayangnya dia cakap bahasa Mandarin dan takdak subtitle.  Aku teringin nak tau lebih lanjut pasai dia.  Liziqi membuatkan aku jatuh cinta gila kat dunia kehidupan kampung,  kesederhaan,  kerja kuat dan kepuasan!

Hangpa semua jangan lupa follow dia kat Youtube.  Ini link dia:  李子柒 Liziqi

Akhir kata tengoklah video dia terkini duk kutip buah berangan dalam hutan.




Bacaan lain tentang Liziqi:  Liziqi; Youtuber Perempuan dari China Vlog Memasak Bernuansa Klasik  #liziqi #youtuber #youtube #kampung #chinablogger #lifestyleblogger #village #countrylife 

3 comments:

  1. syok tgk dia masak, kmi dlu hari2 tgk dia masak, teliti dia masak , kebun dia pun elokkkk, lanie famous dah dia

    ReplyDelete
  2. Aku plak suka tengok video2 dari Korea yg stail tunjuk lifestyle depa.. Depa cleaning mcm mana.. Makan masak simple2 mcm mana.. Kdg2 benda tu jdi motivation utk wahm mcm aku ni yg kdg2 rasa lemau da pnyegan pait utk jgn jdi pnyegan Sgt.. Hahhaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region