25.11.19

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE

Hello u olls.  So baru-baru ini I olls,  my fashion designer friend Shanell Harun and MUA Zarina Abd Rahman dijemput bersama sesi makan malam bersama pengasas SchocoLITE iaitu Elfie Azizan.  SchocoLITE ni apa? SchocoLITE ni adalah minuman kesihatan yang dihasilkan daripada lima bahan iaitu Tea extract,  cocoa,  L-Carnitine,  hoodia gardonii dan guarana, yang boleh membantu untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan.

Founder & ajen-ajen SchocoLITE bergabung meletops!
Gambar ini dan beberapa oleh Nana Azman


Produk ni baru saja di pasaran,  tak sampai satu tahun lagi. Dan istimewanya produk ini dilancarkan untuk penjualan di sekitar Utara Malaysia dahulu.  Haa walaupun pengasasnya dari area-area selatan,  tapi dia test market kat Penang dulu!  Setakat ini SchocoLITE dah ada lebih kurang 20 ajen aktif yang sah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Taiping.  Dan sedang mekar berkembang ke kawasan penting lain dalam Malaysia.  Walaupun baru saja produk ni dilancarkan,  tapi siriesly bila kami bersama-sama dengan sesi penceritaan dan perkongsian daripada founder dan ajen-ajen,  aku rasa macam THIS IS MORE THAN JUST CHOCO DRINKS.


Pasaipa?  Sebab produk ini alhamdulillah telah banyak memberikan feedback berkesan daripada para pengguna,  lelaki dan juga perempuan.  Ramai yang telah berjaya menghilangkan berat badan.  Selain itu,  founder amat menegaskan etika dalam menjalankan perniagaan kepada para ajen.  Aku suka dia duk berceramah bab ini sebab nak meniaga apa pun,  walaupun meniaga karipap,  hang kena beretika.  Barulah perniagaan hang lestari.  Memang depa berjaya 


The Crown Season 3

Review ini takdak spoiler.  Nak spoiler apa aih,  kanka semua cerita keluarga Diraja British kita semua dah tau?


Yeah!  The Crown Season 3 dah keluar.  Tepat pada tarikh release,  jam 4:00 petang waktu tempatan,  aku bukak Netflix nenjia semua 10 episod dah ada siap.  Aku amik masa dua hari bagi habis.  Musim ketiga drama bersiri The Crown terbitan asli Netflix adalah sebuah sorotan cerita yang berlaku kepada Queen Elizabeth II bagi setiap dekad (10 tahun) disusun dalam beberapa episod untuk satu musim.  Seperti kita tahu,  musim pertama dan kedua menyoroti kisah-kisah besar Queen Elizabeth II sekitar tahun 50an hingga 60 an yang dilakonkan oleh Claire Foy.  Untuk musim ketiga,  penerbit drama bersiri ini memilih untuk mengambil Olivia Colman untuk melakonkan watak Queen Elizabeth II dan untuk musim ketiga dan keempat ini,  kisah-kisah kehidupan ratu England sepanjang tahun 70an dan 80 an.

So macam mana?  Hangpa dah tengok ka?  Ini adalah pendapat ikhlas aku.  Mungkin pandangan aku berbeza dari hangpa,  dan mungkin ketika aku tulis review ini aku baru SEKALI tengok episod-episod ini.  Percayalah,  aku memang suka The Crown dan untuk episod dalam musim-musim pertama dan kedua aku dah tengok more than 4 kali aku rasa.  Aku suka ulang-ulang dan tengok lagi sekali cara depa berlakon dan cakap semua.  Best.

Adakah pendapat aku masih sama apabila semua pelakon utama telah bertukar?


Kisah Mistik di Pantai Kerachut

Ini bukan puteri bunian,  ini perempuan Boyan.

Cerita ni dah lama.  Tapi awatla aku tak cerita kat blog.  Baru-baru ini (2019) aku melawat Pantai Kerachut sekali lagi.  Kali terakhir aku sampai ke Pantai Kerachut pada tahun 2016,  masa ni aku bantu Dr.  Pitt di IMCC buat program (masa tu aku kerja di jabatan tu).  Kami buat program 1 hari untuk para pelajar dari Taiwan.  Dari awal pagi,  kami ke Pantai Kerachut.  Ada yang hiking,  tapi team urus setia macam aku semua kena pi naik boat sebab kami nak kena angkat barang-barang untuk aktiviti dan makanan.


So lepas dah penat susun barang dan bagi bersih ruang untuk buat aktiviti,  pelajar yang hiking pun tiba di tapak perkhemahan kami di Pantai Kerachut.  Depa pun dijemput makan dan rehat-rehat.  Selepas lunch time,  depa pun start buat aktiviti dalam kumpulan yang disusun atur oleh pelajar-pelajar fasilitator.  So kerja aku macam dah habis la sebab Dr.  Pitt dan pegawai atas lain ada untuk pantai pelajar buat aktiviti.
Aku tak posing saja okay,  memang aku angkut semua barang-barang ni.  Tong tu ada nasik putih kot!


10.11.19

Penang ATV Eco Tour Balik Pulau

Nenjia!

Sebenarnya aku dan Khafi dari dulu kami suka duk pi ronda tanpa haluan kat Balik Pulau bila sekali-sekali duk rasa boring atau stress dengan kerja dan masalah apa-apa.  Bila drive around Balik Pulau tengok suasana kampung,  sambil angan-angan satu hari nak ada rumah kampung macam ni,  kami akan ronda sampai lewat malam.  Tapi tak pernahlah berpeluang untuk ronda sampai pedalaman perkampungan Balik Pulau ni.  Ada banyak lorong-lorong kecik di tepian jalan tapi takut nanti masuk kawasan persendirian (kebun atau rumah) ataupun termasuk jalan mati ka apa.


Tapi baru-baru ni dalam program Balik Pulau Nature Xploration aku berpeluang untuk naik ATV dan menelusuri kawasan pedalaman.  Baru first time aku lalu kat bahagian dalam ada sawah padi, ada kebun kelapa, kebun mamplam, kebun buah ambra,  tali air (sawah),  paya bakau dan macam-macam lagi. 





Penang ATV Eco Tour-Balik Pulau
Location: Kampung Perlis, Balik Pulau
Contact: 013-480 3866

Saturday Seafood Buffet Royale Chulan Penang

Terima kasih Royale Chulan Penang atas jemputan ini.


Haaa...dah hujung tahun kan?  Mesti hangpa duk mencari-cari tawaran untuk buat gathering makan-makan bersama kawan-kawan ataupun untuk rakan sekerja.  Kebetulan pulak,  kawan u olls semuanya minat SEAFOOD.  So apa kata u olls mai makan Saturday Seafood Buffet dinner di Royale Chulan Penang.  


Ruang dalam Sri Tanjung Cafe,  Royale Chulan Penang.  Suasana bangunan heritage yang mewah.

I olls dah mai try last week dan sangat-sangat berpuas hati dengan pilihan Saturday Seafood Buffet Royale untuk tahun ini.  Juadah seafood yang lebih bewarna warni,  dia punya main dishes pun sangatlah mewah. Tak termasuk lagi dengan pilihan masakan panas seperti chili crab,  kari kepala ikan,  fried oyster,  ikan salmon bakar istimewa,  sushi dan macam-macam lagi. Tak dilupakan,  piihan dessert yang turut menyajikan mangga sebagai pilihan tempatan dan jugak pastri rasa barat.  Termasuk ice cream dan ice kacang.  Dengan harga hanya RM98 nett untuk dewasa dan RM50 nett untuk warga emas dan kanak-kanak,  offer ini amatlah menarik.  20% diskaun kepada tetamu yang bermalam di Royale Chulan Penang.


Okay jom tengok gambar!


Mangrove Tour Balik Pulau

Cantik view ni.


Hey!  Aku tak tau pun kat dalam Pulau Pinang yang fana ini mempunyai hutan paya bakau.  Semasa trip Balik Pulau Nature Xploration dengan Tourism Malaysia,  depa bawak kami naik boat masuk ke dalam kawasan paya bakau di sekitar Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau pada hari kedua eksplorasi.  Untuk pengetahuan hangpa,  kat sini jugak (Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau) adalah pintu kedua untuk Taman Negara Pulau Pinang.


Hari kedua di Taman Negara Pulau Pinang,  depa ni duk main dengan kucing.  Kat sini banyak kucing,  sebab tepi ni kan jeti nelayan.  Dalam ni semua blogger yang dijemput.  Kak SaidilaAyu Jean,   Afiq HalidFareez Van Filler dan Lia Hasty.


4.11.19

Chu Char Ikan Bakar C'est Si Bon Restaurant VOUK Hotel Suites Penang

Terima kasih VOUK Hotel Suites Penang atas jemputan ini


Sorang kawan kami contact,  "Wehs,  kami nak buat birthday suprise kat kawan kami.  Kat mana ikan bakar yang sedap?'  Aku pun jawab "JOM PI MAKAN KAT VOUK HOTEL."  Kawan aku kata,  "Hang gila makan kat hotel...tak cukup bajet la."  Aku kata, "Hang percaya aku ka tak?"


So kawan aku Ejam,  Ridhwan,  Amerudin dan 5 orang wanita lain (termasuk aku) pun buat reservation di Vouk Hotel Suite Penang.  Macam nak pi makan ikan bakar la kat lokasi-lokasi popular di Penang,  kami sampai ja kami terus pilih nak makan ikut seafood pilihan ataupun nak amik set.



Memandangkan kami ramai,  dan kami nak makan dengan banyaknya,  kami ambil set.  Kami ambil set A dan Set C dan beberapa lauk tambahan.  Campur-campur,  kami bahagi sorang xx orang,  kami semua end up bayar seorang RM35 jer.  Haaaa!!  Ada ikan,  sotong,  ikan pari,  teloq,  tomyam.......puas hatilah.  Dah la makan kat hotel,  of courselah selesa dan 10 kali pun u olls minta tolong order hotel tambah apa-apa order,  atau air,  depa akan mai layan u olls dengan baik macam ratu anai-anai.


Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Ini bukan Maldive.  Inilah TELUK KAMPI!

Pantai Kerachut aku dah mai banyak kali, Teluk Kampi, ini adalah yang pertama. Thank you Tourism Malaysia Northern Region atas kesudian menjemput aku ke sini. Teluk Kampi adalah salah satu pantai yang terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang, selain Pantai Kerachut dan lain-lain. Selain dua pantai yang aku mentioned kat atas, ada antaranya di bawah pengurusan pihak persendirian. Antaranya pandai CEMACS di bawah pengurusan pihak USM dan pantai Monkey Beach ataupun nama rasmi dalam peta depa panggil Teluk Duyung adalah milik keluarga jutawan Pulau Pinang iaitu Mendiang Loh Boon Siew. Sebab tu kat Teluk Duyung depa boleh meniaga dan sebagainya.


Teluk Kampi kalau ampa ingatlah tak lama dulu pernah viral sebab ada sekumpulan manusia buat private party kat sini dengan membuat permainan yang aksinya 18SX. Hangpa pi Google sendiri la u olls. Cerita dah lama. Tapi Teluk Kampi memang cantik, daripada Pantai Kerachut, kalau nak hiking ke jalan lagi 40 minit lagi la kot. Kalau naik boat dari Pantai Kerachut, lebih kurang tambahan 20 minit lagi. 

Perjalanan menuju ke Teluk Kampi dan Pantai Kerachut,  renjer akan tunjuk kat ampa,  batu-batu yang terbentuk secara semula jadi di sepanjang pantai,  ada yang menyerupai kepala buaya,  ada yang macam penyu dan ada yang macam arnab.  Dalam gambar ni,  ampa perasan tak,  batu yang tengah tu macam anak arnab!

Depressi: Terpuruk Rasa Ingin Mati - Zul Azlin Razali



Wehssssssssssss buku paling best aku baca untuk tahun 2019.  Terima kasih Sunmelon bagi aku hadiah buku ni tahun lepas,  tapi time tu (2018) aku tak berapa nak stabil,  tahun 2018 banyak kali aku jatuh depression sebab kecelaruan mood bipolar aku.  Bila dia bagi buku ni kat aku sebagai hadiah,  aku takut nak sentuh sebab takut triggered.  Nanti lagi terpuruk rasa bersalah,  benci ada diri sendiri,  serrrr....nanti duk mai depression lagi teruk.


Tapi alhamdulillah,  tahun 2019 lebih baik.  Pelan punya pelan,  aku rasa aku sentuh buku ini masa bulan 9 kot.  Sekali aku selak dan baca,  habis satu bab.  Punyalah sedap penulisan Dr.  Zul Azlin Razali ni.  Insat aku bagi satu bait yang paling aku suka.  (Mohon izin penerbit dan penulis buku ya)

Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau

Mak Ngah!!! Awat dap ngat Mak Ngah masak!!!! (Mak Ngah...kenapa terlalu sedap Mak Nyah masak!!)



Haaa......nak habaq mai kat hangpa hari kedua kami dalam kembara Balik PUlau Nature Xploration, team Tourism Malaysia Northern Malaysia payung kami makan lunch kat Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau. Nohoroommmmmmmmmm wehssssssssssssssssss dappppppp gila dia punya gulai ikan. Disebabkan aku mai secara rombongan so aku tak boleh makan seperti haiwan. Aku makan lauk pauk yang depa saji untuk kami makan.


Pekat,  masam,  ikan fresh......gilaaaaaaaa aku lapaqq tulih blog ni!

Gulai ikan, jelatah, telur sambal, ayam goreng. Tapi paling aku tak boleh tahan adalah kesedapan gulai ikan dia. Siries wehs sebagai orang Tanjung (Georgetown, Penang), adalah menjadi tanggungjawab kami untuk determined sama ada gulai kari itu sedap atau tidak. Aku mengesahkan di peringkat SIRIM gulai ikan kat Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau dijamin sedap, berkualiti dan terangkat.

3.11.19

Youtube vs Blog


Sekarang ni semua nak kena ada Youtube!!! Eh silap,  mai sini aku betulkan penyataan aku.  Lani semua nak jadi YOUTUBER.  Ada Youtube,  semua orang dah ada Youtube.  Hang sign in pakai account Google,  set up account untuk simpan sejarah video yang kita nak tengok,  subscribe channel yang kita suka dan sebagainya.  Tapi untuk jadi Youtuber,  bermakna kita yang create channel dan content dalam channel kita tu. 


Sapa perasan?  Big names macam Will Smith pun dah ada Youtube sendiri.  Nak ikutkan,  dia dah popular hebat teruk,   buat apa dia perlu ada Youtube pulak lagi? Kat Malaysia,  Dato' Seri Siti Nurhaliza pun ada Youtube channel sendiri.  Bukan untuk untuk video dia nyanyi tapi banyak rakaman tentang hidupan seharian dia,  macam Youtuber lain duk buat la.



Why?  Dah ada Facebook, Instagram dan Twitter tak cukup lagi ka platform social media ni semua untuk selenggarakan maklumat kepada para peminat?  


2.11.19

Ikan Lumba-Lumba Taman Negara Pulau Pinang

Misi mencari ikan lumba-lumba,  yang dalam gambaq ni bukan ikan lumba-lumba tapi ikan duyung.  Spisyis terancam jugak.  Haram terbang kelumbong semua....angin kuat u olls.


Selama ini aku ingat ikan lumba-lumba atau dolfin kat Pulau Pinang ini hanyalah satu myth. Back in 2015 macam tu, ada sorang student USM yang belajar dalam bidang kajihayat habaq kat aku "Betui Kak Jumie...kat Penang ada dolfin....saya duk kena pi kaji pasai dia." Pastu bila Malaysia sudah pandai apa erti viral, barulah video-video dan gambar ikan lumba-lumba di Pulau Pinang menjadi tular. Memang ajaib bin hebat sungguh melihat satu keluarga ikan lumba-lumba berkejaran di lautan Pulau Pinang.


Semasa kunjungan kami ke CEMACS USM sempena Balik PUlau Nature Xploration bersama TOurism Malaysia baru-baru ini, Dr. Leela menceritakan tentang penyelidikan tentang hidupan ikan lumba-lumba disekitar Pulau Pinang. Terdapat beberapa spisyis ikan lumba-lumba utama di sekitar perairan Pulau Pinang iaitu Indo-Pacific Finless Porpoise, Irrawaddy Dolphine, Bottlenose Dolphine and Indo Pacific dan Humpback Dolphine. Kalau tak salah aku, Irrawaddy adalah yang paling suka main di permukaan laut (kerana dolfin ni spisyis mamalia yang bernafas di atas permukaan laut. Depa macam ikan paus la jugak). Irrawaddy banyak terdapat di sekitar Georgetown sebab dikatakan spisyis ini habitat asalnya adalah sekitar pertemuan air tawar dan air masin. 


1.11.19

Kanye West dan Bipolar Disorder



Kanye West adalah salah seorang selebriti antarabangsa yang sejak dua tiga tahun lalu telah memaklum secara terbuka yang dia menghidap keadaan Bipolar Disorder.  Dia gelarkan keadaan ini sebagai superpower yang dia tak boleh nak jelaskan kepada orang lain


Sebagai rapper/penyanyi, composer dan penerbit album, dia juga terkenal dengan 'antic' dia yang gila dan mengejutkan.  Ingat tak dia naik pentas dan rampas microphone dari Taylor Swift yang menang anugerah sebab dia nak habaq Beyonce yang patut menang anugerah tu. Hahahaha.  Pastu ada lagi banyak benda lain yang dia buat seperti maki orang tak tentu pasai di public, dalam bual bicara atas pentas konsert dan macam-macam lagi.  Sebelum ini,  orang just anggap dia GILA dan Barrack Obama pun panggil "Jack Ass "sebab selalu tampil biadab.  Jack ass dalam bahasa Penang kita boleh kata sebagai "kalde akaq" hahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE