4.11.19

Depressi: Terpuruk Rasa Ingin Mati - Zul Azlin Razali



Wehssssssssssss buku paling best aku baca untuk tahun 2019.  Terima kasih Sunmelon bagi aku hadiah buku ni tahun lepas,  tapi time tu (2018) aku tak berapa nak stabil,  tahun 2018 banyak kali aku jatuh depression sebab kecelaruan mood bipolar aku.  Bila dia bagi buku ni kat aku sebagai hadiah,  aku takut nak sentuh sebab takut triggered.  Nanti lagi terpuruk rasa bersalah,  benci ada diri sendiri,  serrrr....nanti duk mai depression lagi teruk.


Tapi alhamdulillah,  tahun 2019 lebih baik.  Pelan punya pelan,  aku rasa aku sentuh buku ini masa bulan 9 kot.  Sekali aku selak dan baca,  habis satu bab.  Punyalah sedap penulisan Dr.  Zul Azlin Razali ni.  Insat aku bagi satu bait yang paling aku suka.  (Mohon izin penerbit dan penulis buku ya)



BAB 6 - RAWATAN SELAIN PIL

ZAMAN ini,  suasana urban yang laju dan berkilau-kilau boleh buat jiwa kacau dan fikiran sasau.  Metropolitan yang ranggi memusatkan nurani manusiawi kepada kepentingan diri.  Tiada yang mahu tertinggal di belakang.  Tiada yang mahu diketepikan.  Semua mahu dirindukan.  Dalam keriuhan dan keramaian,  manusia sebenarnya keseorangan.  Relung jiwa yang kosong mengundang gundah yang menggugat jantung.  Tergantung sama kelak rasa murung.  Ini adalah bagaimana faktor sosial dan psikologi menghantui seseorang sehingga dia jatuh depresi. Zul Azlin Razali,  Depressi: Terpuruk Rasa Ingin Mati (2018)

Tudia punya sedap susunan kata dia.  Tu yang buat aku terpana,  adakah ini penulisan akademik non-fiksyen ataupun sebuah karya sastera tahap PHD. Rupanya aku baru baca sampai pertengahan buku iaitu bab ke 7.  Sebab aku sibuk,  dan aku selalu macam ni.....kalau buku sedap...aku lambat nak bagi habis.  Nanti nikmat tu hilang.  


Tapi 7 bab pertama Dr.  Zul Azlin Razali duk garapkan secara terperinci bahawa untuk mencari kesembuhan hati kepada mereka yang menghidap kecelaruan minda macam aku,  usaha ubat semata-mata tidak memadai.  Begitu juga kalau semata-mata berdoa ataupun mahu hanya cuba ikhtiar pak bomoh dan pak ustaz.  Semuanya kena holistik.  


Aku amat rekemen hangpa beli buku ini.  Online Dubook Press RM20 sahaja.  Link di sini:  Depresi: Terpuruk Rasa Ingin Mati

Terima kasih sahabat.

1 comment:

  1. Sama. Kalau buku sedap, baca lambat2 sambil menikmati. Tapi kadang2 terlupa nak habiskan pembacaan, tahu-tahu dah berhabuk. Terpaksa baca dari page 1 semula :)

    ...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region