1.11.19

Kanye West dan Bipolar Disorder



Kanye West adalah salah seorang selebriti antarabangsa yang sejak dua tiga tahun lalu telah memaklum secara terbuka yang dia menghidap keadaan Bipolar Disorder.  Dia gelarkan keadaan ini sebagai superpower yang dia tak boleh nak jelaskan kepada orang lain


Sebagai rapper/penyanyi, composer dan penerbit album, dia juga terkenal dengan 'antic' dia yang gila dan mengejutkan.  Ingat tak dia naik pentas dan rampas microphone dari Taylor Swift yang menang anugerah sebab dia nak habaq Beyonce yang patut menang anugerah tu. Hahahaha.  Pastu ada lagi banyak benda lain yang dia buat seperti maki orang tak tentu pasai di public, dalam bual bicara atas pentas konsert dan macam-macam lagi.  Sebelum ini,  orang just anggap dia GILA dan Barrack Obama pun panggil "Jack Ass "sebab selalu tampil biadab.  Jack ass dalam bahasa Penang kita boleh kata sebagai "kalde akaq" hahahaha




Sekarang ni baru kita faham pasai pa Kanye West suka bersikap luar biasa sebab dia seorang Bipolar Disorder.  Kecelaruan hormon dan tindak balas kimia dalam badan dan otak termasuk keadaan sekeliling dan cara kognitif otak memproses informasi yang masuk menyebabkan seorang yang hidap bipolar tidak dapat kawal dia punya keadaan MOOD.  Mood swing dia sat akan jadi besstttttt hebat yakin nak mampuih......dan bila mood swing jatuh hang akan jadi serrrr bangang tak gunaaa langsung di dunia ini.  Kanye West sendiri habaq,  kalau dia tak makan ubat,  dia punya kecenderungan untuk menjadi "HEIGHTENED" atau aku cuba tafsir kepada bahasa Penang adalah....SYIOK NAK MAMPUIH akan meninggi.  Itu yang buat dia boleh maki orang tak tentu hala,  terlalu yakin dan berani,  melangkaui kemampuan biasa walaupun untuk sifat peribadi dia sendiri.  I've been through this many times,  tapi dulu aku ingat aku memang pemarah dan ada masalah amarah,  tapi rupanya......aku bipolar.


Semua ini bermain dengan mood.  Bipolar disorder adalah kecelaruan mood.  Bila mood di luar kawalan, akan ganggu hang punya TENAGA,  AKTIVITI HARIAN dan seterusnya KEFUNGSIAN hidup hang seperti bekerja dan jaga diri sendiri.  


Kanye West beberapa hari lalu baru sahaja menerbitkan sebuah album bertajuk Jesus Is King.  Sebuah album hiphop yang bertemakan "expression of gospel" dedikasi kepada cintanya kepada Jesus.  Kalau kita ni...kita habaq kata album dia kali ni adalah projek lagu lagu dakwah la gitu.  Dalam satu wawancara terkini dia habaq dengan mengakui,  Jesus membuatkan dia lebih kuat dalam mencari ketenangan selepas dia dimasukkan ke hospital lebih kurang dua tahun lalu sebab episod hyper mania dalam bipolar disorder.


So kat sini hang buleh nampak tak? Jangan nak deny lagi.  Kita nak baik....nak sembuh. Kita tak boleh lupakan tuhan.  TUHAN KENA ADA DALAM HATI KITA.  Itulah asas.  Apa pun kita nak bina dalam hidup...asas kena kuat. Pokok ada akar.  Rumah ada pasak.  Sama la kita manusia.   Banyak kali dah aku ulang,  nak sihat mental.  Semua kita kena kuat.  Fizikal dan spiritual.  Fizikal..ubat and eksesais.  Spritual? Takkan nak kena explain lagi kan.


Tapi Kanye dalam satu tweet dia pernah tulis “I’m loving the new music I’ve been working on. 6 months off meds I can feel me again." Tapi menjadi Kanye West dia mampu untuk tak makan ubat 6 bulan la.  Dia mengamok macam mana pun, duit dia berjuta juta dah nohorom oi.  Aku kalau tak makan ubat,  tak pi kerja......kena buang kerja macam mana? Sampai bila nak menyusahkan orang?


Terima kasih semua sudi baca lagi pasai kisah Bipolar Disorder ni.  Semoga kita semua lebih faham tentang situasi kesihatan mental.  Allah cipta satu satu orang ni punya hebat kompleksiti dia!! Semua tak sama.


#bipolardisorder #bipolar #mentalhealth #kesihatanmental

2 comments:

  1. tak pa jumie, yang ada masalah ni selalunya depa live life to the fullest, open mind dan kurang prejudice kat orang. dalam erti kata lain, depa baik hati dan baik pada semua ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam dugaan Allah bagi kat kita kan........tq kakak semuga kita semua sihat walafiat.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region