25.11.19

Kisah Mistik di Pantai Kerachut

Ini bukan puteri bunian,  ini perempuan Boyan.

Cerita ni dah lama.  Tapi awatla aku tak cerita kat blog.  Baru-baru ini (2019) aku melawat Pantai Kerachut sekali lagi.  Kali terakhir aku sampai ke Pantai Kerachut pada tahun 2016,  masa ni aku bantu Dr.  Pitt di IMCC buat program (masa tu aku kerja di jabatan tu).  Kami buat program 1 hari untuk para pelajar dari Taiwan.  Dari awal pagi,  kami ke Pantai Kerachut.  Ada yang hiking,  tapi team urus setia macam aku semua kena pi naik boat sebab kami nak kena angkat barang-barang untuk aktiviti dan makanan.


So lepas dah penat susun barang dan bagi bersih ruang untuk buat aktiviti,  pelajar yang hiking pun tiba di tapak perkhemahan kami di Pantai Kerachut.  Depa pun dijemput makan dan rehat-rehat.  Selepas lunch time,  depa pun start buat aktiviti dalam kumpulan yang disusun atur oleh pelajar-pelajar fasilitator.  So kerja aku macam dah habis la sebab Dr.  Pitt dan pegawai atas lain ada untuk pantai pelajar buat aktiviti.
Aku tak posing saja okay,  memang aku angkut semua barang-barang ni.  Tong tu ada nasik putih kot!


Dr Pitt sedang melihat 'pekerja-pekerja buruh' membersihkan lokasi aktiviti.  HAHAHA

Sambil depa mengemas,  aku buat streching sikit.

Aktiviti dah start!  Pelajar-pelajar ni semua dari Taiwan,  semua ni penat baru habis hiking wehs.

Aku pun minta kebenaran kat Dr.  Pitt nak pi ronda-ronda kat Pantai Kerachut sorang-sorang sebab teringin.  Sebelum ni aku mai,  aku hiking pastu aku jadi penat nak mampuih.  Hiking dari pintu utama Taman Negara Pulau Pinang sampai ke Pantai Kerachut ambil masa lebih kurang 2 jam.  Ada tempat yang mendatar,  ada yang turun bukit,  ada yang naik bukit.  Agak mencabar.  So sampai ja kat Kerachut,  aku teruih lena lepak bawak pokok macam paus terdampar.  Tak dan nak check out kawasan sekitar pantai Kerachut ni.  Bila Dr.  Pitt bagi kebenaran dan aku pun mulalah ronda sorang-sorang kat area Pantai Kerachut ni.


Aku jalan daripada tapak perkhemahan kami, lalu kat tepi-tepi pantai tu,  kawasan berbukit sikit,  pastu tengok tasik meromiktik (tapi masa tu,  tasik tu kosong takdak ayaq) dan naik titi gantung,  dan selepas titi gantung tu,  aku turun dan jalan sampai kat kawasan-kawasan batu kat tepi tu.  Agak mencabar tapi aku kan ala-ala isteri Tarzan,  so walaupun aku gemok dan agam tapi aktiviti lasak aku okay.

Kiri:  Tasik Meromiktik yang terletak di pantai Kerachut.
Kanan:  Pantai yang ada paling hujung Pantai Kerachut,  dekat dengan tasik dan titi gantung.

So aku pun naik la titi ni.

 Pemandangan dari atas titi.

Sapa yang pernah hiking atau sampai ke sini,  hangpa boleh tengok la sendiri macam mana susah jugak la untuk wanita agam macam aku boleh celuih turun dari titi dan mai kat kawasan batu ni.  Aku pun lepak kat sini.

Ini bukti gambar aku duk duduk kat atas batu di hujung Pantai Kerachut tu.  Masa ni kat sini la aku dengar azan.

Lepas lepak kat tepi batu tu,  tengok pemandangan,  duduk sorang-sorang ala-ala Ombak Rindu.  Sedar tak sedar,  masa pun dah mai petang.  Tiba-tiba aku dengar sayup-sayup azan masjid menandakan waktu Asar dah masuk.  Aku pasti itu adalah azan dari masjid Teluk Bahang kot,  sebab kat sini mana ada masjid.  Sini semua hutan u olls!  So aku pun berjalan balik ke kawasan perkhemahan dan jumpa balik dengan Dr.  Pitt semua.


Aktiviti di Pantai Kerachut hanyalah satu hari sahaja,  pagi sampai petang.  Bermula jam 6pm,  boat mula mendarat di Pantai Kerachut untuk kutip kami semua pulang ke jeti Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.  Kami bagi para pelajar tu semua naik dahulu,  so kami yang staf ni semua tunggulah sampai lewat senja juga.  Masa lepak tunggu boat (ulang alik ambil kami),  aku pun sembang dengan abang renjer.

Ini la gambar masa duk tunggu nak naik boat.  Keadaan duk mai makin gelap. Duk duduk tunggu turn dengan kawan-kawan2 staf dan abang renjer.  Gambar bawah:  Abang renjer yang aku cerita dalam ni nama dia aku tak tau.  Sebelah dia jurugambar rasmi kami Mr.  Reezal.


"Abang tadi saya ronda jalan sorang-sorang sampai kat batu sana....."


"Hang pi buat apa?"  tanya abang renjer tu macam tegas tiba-tiba.


"Saja la jalan tengok pemandangan.  Sebelum ni mai tak pernah nak jalan sampai situ."


Abang renjer tu tak tengok muka aku.  Dia diam ja.  Dia tengok ke laut.  Pastu aku kata kat dia "Masa saya duduk kat batu situ...saya dengar bunyi azan asar...baguih la...sampai sini boleh dengar azan masjid."


Abang renjer teruih kalih kat aku...."Hang dengar azan masjid mana? Mana boleh dengar Masjid Teluk Bahang sampai sini.  Hang dah dengaq masjid orang yang duduk kat kampung sini........."


Suasana sekitar Pantai Kerachut semakin gelap,  matahari senja sudah kelam jingganya.  Mujur boat pun sampai untuk mengambil kami team terakhir untuk kembali ke jeti Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang,  dalam perjalanan tu Abang Renjer bercerita kepada kami. 

Untuk bagi ampa lebih jelas dengan ampa aku bukak Google Maps bagi ampa tengok.  Kedudukan Pantai Kerachut dan masjid terdekat iaitu Masjid Jamek Teluk Bahang.  Jarak dia 21 km dan dijarakkan dengan hutan belantara,  bukit bukau dan kalau pikiaq jalan laut,  dua lokasi ini dipisahkan dengan tanjung yang amatlah besar.

Ini aku zoom out sikit bagi ampa tengok betapa jauhnya jarak.


"Orang Acheh dari zaman dulu-dulu depa dah lama merantau mai bukak kampung kat sini.  Ada kubur depa kat atas bukit sana.  Lepas tu lama-lama depa hijrah sampai ke Teluk Bahang sampai ke Tanjung (Georgetown).  Tapi memang selalulah ada orang-orang tertentu yang boleh 'nampak' dengan Tok-Tok Syeikh dari Acheh ni.  Selalunya nampak depa pakai baju jubah putih.  Depa macam bunian ka,  macam mana tak tau la.  Ada orang  yang pernah terserempak kat area tepi pantai kat tasik tu,  tiba-tiba kawasan tanah tu jadi bersih takdak daun-daun bersepah.  Macam ada orang baru habis sembahyang jemaah ramai-ramai kat situ. Ada pulak yang buat perangai tak tentu hala kat area tasik ni pernah kena sergah dengan lelaki berjubah serba putih.  Kira hang ni buat perangai elok la kot...sebab dengar bunyi azan Masjid depa."


Muka aku jadi kecik sebesaq duit syiling lima kupang.  Aku ni penakut nak mampuih,  tapi sekali sekala kalau mai perangai aku berani tak tentu hala ni,  mesti sesuatu yang mistik akan aku lalui.  


ps/  Nanti ingatkan aku cerita mistik ketika melilau di Jonker Street,  Melaka.  

6 comments:

  1. seram jugak walaupun dgr tu bunyi azan kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ingatkan...masa tu...tak rasaa meremang apa apa pun....masaaa abang renjer tu ceritaaa....time time maghrib pulak...baru rasa meremang...

      Delete
  2. Alhamdulillah, hampa ok Jumie. Lain kali jangan dok pi jalan sorang-sorang. Nak nak tempat macam ni. Akak pun tak pernah sampai lagi kat Pantai Keracut ni. Tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  3. Hang niiiii.. Duk buat berani plak sorg2 oiiii

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE