10.11.19

Mangrove Tour Balik Pulau

Cantik view ni.


Hey!  Aku tak tau pun kat dalam Pulau Pinang yang fana ini mempunyai hutan paya bakau.  Semasa trip Balik Pulau Nature Xploration dengan Tourism Malaysia,  depa bawak kami naik boat masuk ke dalam kawasan paya bakau di sekitar Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau pada hari kedua eksplorasi.  Untuk pengetahuan hangpa,  kat sini jugak (Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau) adalah pintu kedua untuk Taman Negara Pulau Pinang.


Hari kedua di Taman Negara Pulau Pinang,  depa ni duk main dengan kucing.  Kat sini banyak kucing,  sebab tepi ni kan jeti nelayan.  Dalam ni semua blogger yang dijemput.  Kak SaidilaAyu Jean,   Afiq HalidFareez Van Filler dan Lia Hasty.




Pihak pengurusan saji kami breakfast dulu kat lobby Taman Negara Pulau Pinang.  Baguihla team Tourism Malaysia Northern Region...HANG TAK AKAN LAPAQ.

Duk belajaq dengan Cik Mia cara-cara nak pakai gimbal jenama Vimble 2.  Thank you Cik Mia bagi penerangan yang amat mendalam.  Siries aku memang nak beli benda alah ni.


Berkumpul dahulu untuk dengar penerangan daripada team abang renjer dari Penang Tourist Guide Association

Yes!  Muka aku nak tanned dah.  Pose sedia depan boat.


Kalau ampa plan nak naik boat untuk aktiviti kat sini,  haaa takdak jeti elok-elok nak langkah masuk boat tau.  Semua orang akan kena kerabat macam ni.  So kalau sapa-sapa yang ada masalah kesihatan ka,  orang tua ka,  yang bawak baby ka....sila buat perancangan terbaik ya.  Bekas model dan atlit sukan extreme macam I mampu naik boat panjat-panjat lagu ni.



Hangpa kena baca cerita ni dulu,  Ikan Lumba-Lumba Taman Negara Pulau Pinang so daripada lepas tengok ikan lumba-lumba barulah kami corner masuk dalam kawasan hutan paya bakau di Kuala Sungai Pinang.  Siriesly aku sangat suka Mangrove Tour Balik Pulau ni sebab daripada kami mula-mula masuk kawasan hutan paya bakau ni kami disambut dah oleh burung-burung yang pelbagai jenis dan spisyis di tepian kuala.  Burung raja udang,  bangau,  helang.....macam-macamlah.  Ada jugak mergastua lain seperti biawak dan jugak monyet yang berada di tepian lumpuran paya. Semuanya sibuk mencari sesuap nasi sebab masa kami tiba,  waktu masih pagi (lebih kurang 10 pagi).

Tapi abang renjer yang duk cerita kat kami tentang spisyis burung yang ada kat sini,  dia kata,  kepada pencinta burung,  kalau nak buat sesi khas untuk tengok burung sahaja kat kawasan ni kena ambil boat lebih awal pagi.  Sebab lagi pagi,  lagi banyak aktiviti mergastua kat sini.  

Walaupun kawasan hutan paya bakau di Kuala Sungai Pinang ini tidaklah sebesar kawasan paya bakau di Taiping (aku pernah pi dulu),  tapi siriesly aku rasa binatang dia lebih banyak kat sini.  Bila kami masuk lebih dalam kat celahan hutan paya bakau,  ada macam kepala duk jalan atas ayaq.  Aku ingat tu ulaq,  mula duk mai seram sejuk dah.  Kepala benda tu agaq besaq....sekali dah mai dekat lalu tepi dia,  rupa-rupanya benda tu adalah ikan belacak ataupun orang putih panggil mud skipper fish.  Haram punya besar!

So walaupun hutan paya bakau ni kecik,  takdak jalan-jalan kayu yang kita boleh jalan masuk pi tengok hutan dia macam mana ka,  tapi aku rasa boat ride ini amat berbaloi sebab SERONOK TENGOK BURUNG DAN MINATANG YANG ADA TEPI-TEPI HUTAN.  Orang kata macam up closed and personal gitu.

 Selfiaq dengan Abang Shah Renjer lagi.  Nama dia ni la Shahnone Karia aku ada mentioned dalam blog post aku yang ni:  How To Plan A Trip To Penang National Park ?


Tu adalah puncak gunung Jerai okay!




 Masa on the way,  kami sempat tengok sepasang burung helang jenis White Belly Sea Eagle.  Depa ni duk dating ataih pokok.  Renjer kata,  spisyis ni sama macam burung helang yang kita duk tengok/bagi makan kalau kita amik trip island hoping kat Langkawi tu. Cumanya,  burung helang kat Langkawi (kawasan tu) dah jadi warna hitam dan bukan putih lagi sebab depa duk makan lemak ayam yang kita (pelancong duk baling).

 Bangunan yang u olls boleh nampak ini adalah Pusat Falak Sheikh Tahir,  di bawah Jabatan Mufti Pulau Pinang.  Di sinilah aktiviti melihat anak bulan untuk kalendar hijrah dibuat setiap tahun untuk tarikh-tarikh penting seperti Ramadhan dan sebagainya.


 Burung camar sedang menanti u olls di tiang-tiang yang menjadi tanda kepada boat untuk masuk ke kawasan hutan paya bakau Balik Pulau.





Steady Shah......study cepat nama-nama burung.  Kami nak tanya!






Haaa amik hang punya besaq deni duk sambut kami!






 Bila kita mai lawatan macam ni baru kita nampak betapa berdosanya kita duk buang sampah kat dalam laut/sungai dan merata-rata tempatlah.  Kesian rumah depa (minatang) jadi kotoq dengan sampah sebab kita.



 








Haaiii semuaaaaaaa (selfie boat).  Yang depan sekali kanan adalah Cik Mia,  baik dan cantik perempuan ni.





 

Aku suka pokok ni! So majestic.


 Nampak tak depa saja-saja duk sambut kami.





Akhirnya kami selamat tiba di Pintu Kedua,  Taman Negara Pulau Pinang. Yang terletak di Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau.


Gambar ini aku amik masa kat depan office ni.  Hang nak tengok gambar aku amik lagi,  jangan lupa follow IG aku yang ni:https://www.instagram.com/gambarcantik.jumie/


Abang abang renjer memberikan ucapan selamat tinggal kat kami.  Dari sini,  kami akan teruskan aktiviti lain di Balik Pulau.


Baguslah kawasan paya bakau ini terletak dalam kawasan hutan negara Pulau Pinang so terpelihara sampai bila-bila.   Hutan paya bakau amatlah penting untuk ekosistem laut,  sebab hutan paya bakau ni macam hospital bersalin untuk para ikan-ikan semua.  Depa kalau nak bertelur,  depa akan mai sini untuk bertelur.  


Kepada yang berminat untuk buat trip macam ini,  ada dua pilihan.  Hangpa boleh naik dari Kuala Sunagi Pinang,  Balik Pulau ataupun u olls boleh naik dari Teluk Bahang.  Nak tau lebih TEPAT tentang pakej terbaik untuk buat mangrove tour Balik Pulau,  hangpa boleh rujuk dengan:

Tourism Malaysia Northern Region
Location:  No.11 Beach Street, George Town, Malaysia
Call 04-261 2269


#visitmalaysia2020 #vm2020 #tourismmalaysia #tourismmalaysianorternregion #balikpulaunaturexploration #balikpulau #mangrove #mangrovetour #mangrovetourbalikpulau #mangrovetourPenang #penang #penangtrip #nature #penangtour

1 comment:

  1. Helokk aiihh abg ranjer tu.
    Mana story mistik atas titi.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region