10.11.19

Penang ATV Eco Tour Balik Pulau

Nenjia!

Sebenarnya aku dan Khafi dari dulu kami suka duk pi ronda tanpa haluan kat Balik Pulau bila sekali-sekali duk rasa boring atau stress dengan kerja dan masalah apa-apa.  Bila drive around Balik Pulau tengok suasana kampung,  sambil angan-angan satu hari nak ada rumah kampung macam ni,  kami akan ronda sampai lewat malam.  Tapi tak pernahlah berpeluang untuk ronda sampai pedalaman perkampungan Balik Pulau ni.  Ada banyak lorong-lorong kecik di tepian jalan tapi takut nanti masuk kawasan persendirian (kebun atau rumah) ataupun termasuk jalan mati ka apa.


Tapi baru-baru ni dalam program Balik Pulau Nature Xploration aku berpeluang untuk naik ATV dan menelusuri kawasan pedalaman.  Baru first time aku lalu kat bahagian dalam ada sawah padi, ada kebun kelapa, kebun mamplam, kebun buah ambra,  tali air (sawah),  paya bakau dan macam-macam lagi. 





Penang ATV Eco Tour-Balik Pulau
Location: Kampung Perlis, Balik Pulau
Contact: 013-480 3866




 Setiap orang yang nak naik ATV akan diberikan helmet,  sarung kepala ( untuk kebersihan),  kalau pakai tudung pun u olls kena pakai sarung tu (nanti peluh tak mengotorkan helmet depa) dan mask (untuk menahan daripada habuk atau serangga) semasa memandung.

 Macam robot Bumble Dee kan!

Muka eksaited dah u olls!



 Actually u olls TIDAK DIBENARKAN untuk pegang/main handphone semasa memandu ATV.  Tapi aku kan suka bermain dengan api.


 Cantiknya pemandangan u olls!


 Dalam banyak-banyak aku suka gambar ni.






 Bayangkan kalau u olls mai time padi duk hijau atau menguning.  Pergh!! Hangpa kena call orang ATV dan minta depa nasihatkan time bila paling sesuai.  Sebab masa kita ride ni,  kita akan berhenti kat tengah-tengah padi.  Untuk rehat dan bergambar.





 Kebaih laaaa...





 







 Kat sini,  ada banyak burung bangau!

 Aku posing ni,  pokok durian kan?


Habih berlemoih.  Kalau hang naik ATV ni hang jangan berangan hang akan cantik sepanjang perjalanan okay.



 Thank you abang-abang ATV sentiasa jaga kami.  10 km ride lebih kurang 2 jam.

 Aku berhenti sat tengok dua orang bangla duk menjala ikan.

 Kejadian buah nyioq.  Sorang peserta kami,  terlanggar buah nyioq pastu hilang sikit kawalan dan termasuk dalam tali air.  Nasib baik takdak apa-apa kecederaan yang berlaku.

Kami pi jalan lain,  balik lalu jalan lain.

Ini adalah kali pertama aku naik ATV.  Dia macam naik motor,  tapi pacuan empat roda.  Dia punya gear ada empat.  Tapi depa akan set kat hang untuk GEAR 'maju ke depan' sahaja.  Tak payah nak memandai nak tukar dear reverse dan sebagainya.  Untuk pandu ATV,  kita kena tekan satu butang kat handle,  bukan pulas macam naik motor.  Rasa dia macam naik motor scooter,  kalau u olls tekan butang accelerator tu kuat,  maka u olls akan pi dengan laju la.  Tapi bagi I olls lah,  tak payah nak laju sangat,  hang bukan masuk pertandingan Explore Race pun.  Hang nak tengok pemandangan kan?  So mau bawak slow dan steady.  Lagipun perjalanan yang kita akan lalui ni,  bukan semuanya jalan berturap.  Ada yang berselut,  berbatu,  ada lalu semak samun sikit.  


Kejadian ngeri sambil bawak ATV di Balik Pulau. ❌❌❌ jangan tiru aksi ini


Orang gemok boleh naik tak?  Aku dah tanya dah kat abang ATV ni,  kalau u olls yang big size,  macam 2 x kali ganda size I pun boleh naik ATV tapi depa akan bagi ATV yang lebih besar kuasa dia.  Tapi ATV ni boleh naik sorang-sorang ja,  kalau nak keri pun,  boleh keri budak kecik ja kat depan.  Bab-bab keselamatan abang ATV akan berikan sebelum perjalanan bermula.  


Kena ada lesen motor ke naik ATV?  Tak perlu pun. Depa tak minta lesen pun.  Tapi bagi aku basic skill untuk naik motor adalah perlu untuk u olls maneuver motor ini.  Tapi u olls jangan rasa takut-takut atau risau,  inilah adventure u olls.  Sebab sama ada u olls dalam group besar,  ataupun 1 orang sahaja,  ada abang ATV yang akan ikut u olls sebagai marshall.  Kalau u olls terjatuh dalam tali air pun,  WHY NOT!  Kenangan kan?  


HARGA*
NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARD
RM100 per ATV for 1 Pax (Single)
RM150 per ATV for 2 Pax (Double)


NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD
RM150 per ATV for 1 Pax (Single)
RM200 per ATV for 2 Pax (Double)


SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)
RM50/PER TRIP


MINIMUM BOOKING FOR 1 TRIP IS 2 PERSON (FOLLOW BY MARSHAL)


10KM ROUTE COVERING RICE PADDY FIELDS,MANGROVE,FISH POND,FRUIT FARM,VEGETABLES ORCHARD AND BEACHES TERRAIN. ENJOYING SUNRISE AND SUNSET VIEW. MINIMUM RIDE IS TAKING 1 HOUR.FOLLOW BY MARSHAL FOR EVERY TOUR. 

* Harga mungkin berubah mengikut pasaran terkini. Mohon contact admin Penang ATV Eco Tour untuk maklumat terkini


Penang ATV Eco Tour-Balik Pulau
Location: Kampung Perlis, Balik Pulau
Contact: 013-480 3866


#vm2020 #penangtourism #visitmalaysia2020 #penang #penanghebat #payabakau #mangrove #ATV #penangATVEcoTourBalikPulau #penangATV #BalikPulau #ATVride

1 comment:

  1. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region