4.11.19

Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Ini bukan Maldive.  Inilah TELUK KAMPI!

Pantai Kerachut aku dah mai banyak kali, Teluk Kampi, ini adalah yang pertama. Thank you Tourism Malaysia Northern Region atas kesudian menjemput aku ke sini. Teluk Kampi adalah salah satu pantai yang terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang, selain Pantai Kerachut dan lain-lain. Selain dua pantai yang aku mentioned kat atas, ada antaranya di bawah pengurusan pihak persendirian. Antaranya pandai CEMACS di bawah pengurusan pihak USM dan pantai Monkey Beach ataupun nama rasmi dalam peta depa panggil Teluk Duyung adalah milik keluarga jutawan Pulau Pinang iaitu Mendiang Loh Boon Siew. Sebab tu kat Teluk Duyung depa boleh meniaga dan sebagainya.


Teluk Kampi kalau ampa ingatlah tak lama dulu pernah viral sebab ada sekumpulan manusia buat private party kat sini dengan membuat permainan yang aksinya 18SX. Hangpa pi Google sendiri la u olls. Cerita dah lama. Tapi Teluk Kampi memang cantik, daripada Pantai Kerachut, kalau nak hiking ke jalan lagi 40 minit lagi la kot. Kalau naik boat dari Pantai Kerachut, lebih kurang tambahan 20 minit lagi. 

Perjalanan menuju ke Teluk Kampi dan Pantai Kerachut,  renjer akan tunjuk kat ampa,  batu-batu yang terbentuk secara semula jadi di sepanjang pantai,  ada yang menyerupai kepala buaya,  ada yang macam penyu dan ada yang macam arnab.  Dalam gambar ni,  ampa perasan tak,  batu yang tengah tu macam anak arnab!


Teluk Kampi pun sama macam Pantai Kerachut, ada pantai yang cantik, pasir yang putih, laut yang biru, ada kemudahan untuk buat aktiviti berkumpulan, ada surau dan tapak untuk kita buat aktiviti perkhemahan. Pernahlah group USM cerita, depa nak pi berkhemah kat Pantai Kerachut, tapi on the way naik boat ke Pantai Kerachut, tiba-tiba ribut mendatang. Depa stranded atas boat tak boleh mendarat kat Pantai Kerachut sebab ombak terlalu kuat. Jadi, boat man teruskan perjalanan ke Teluk Kampi di mana suasana pantai di sini lebih selamat untuk mendarat. Akhirnya, depa mengambil keputusan untuk stay di Teluk Kampi dan mengadakan aktiviti perkhemahan di situ. 


Depa habaq kat aku la, bila malam, depa ramai-ramai pi pantai punya syiok sebab bila kocak air laut, muncul warna neon hijau yang bergemerlapan macam la lampu-lampu zamrud di permukaan air. Hebat! Inilah plankton u olls. Ada spisyis neon yang bila malam-malam dia akan keluar lampu macam mana ka. Hangpa pi Google la sendiri. Ada orang yang dapat rakam fenomena ini maybe kat laut lain sebab memang susah nak capture dengan camera biasa.


Semasa kami tiba di Teluk Kampi hari tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami berteduh kat tempat berbumbung yang disediakan oleh pihak Perhilitan. Nasib baik ada nasik dengan lauk yang sedap...aku makannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! Tambah dua kali. 

Satu dua tiga....SERANG!

Surau.

Makan kat tepi laut,  ujan-ujan,  time lapaq....surrrrr

Dappp! Terima kasih abang yang mai supply lunch catering kat kami. Dapppppp



 Dilarang memakai two-piece.....aku kecewa.


 Tapak perkhemahan.  Tapi habaq awai-awai,  kat sini hang tak boleh buat unggun api.  Satu sebab nak jaga kebersihan,  nanti banyak tompok-tompok hitam.  Kedua tak mau ganggu binatang.  Ini rumah depa.  Kita tumpang ja.


Road to Terabithia.

Renjer Ali kata,  bila malam,  beberapa jenis daun yang kering ni akan memantulkan cahaya.  Menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mendaki di malam hari.


 Nenjia bini Tarzan lepaih beranak.  Gemok dah.

 Gang blogger mengambil giliran untuk mengambil gambaq kat pokok senget.

 Deni bila masa pun............duk buat jambu. HAHAHAH


 Gemok ni pun nak try jugak.

 Gayat oiii walaupun takdak la tinggi sangat.  Kalau jatuh pun tak dak apa la...ada pasiaq laut.

 Ini ja pose aku boleh bagi.  Insat...aku ti mai balik....aku ti bawak dress semua buat photoshoot.

 Lepas berjalan dan melihat keindahan alam di Teluk Kampi, kami naik boat dan teruskan perjalanan ke Pantai Kerachut. Hujan dah mula reda, tinggal gerimis manja. Kami berkunjung ke pusat Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pulau Pinang. Aku dah terror dah pasai penyu ni sebab aku dah mai banyak kali. Hangpa boleh baca penerangan aku dalam link-link kat bawah. Lepas tu kami jalan-jalan lagi tengok tapak perkhemahan, pokok-pokok dan seterusnya tengok tasik meromiktik. 


 Setibanya di Pantai Kerachut. Ombak kuat menyebabkan pantai dia jadi menaik macam mana ka. Hang kena hiking daripada pantai mendarat.


 Ini adalah tapak penetasan penyu.  Untuk pengetahuan ampa,  telur yang diberanakkan oleh si penyu.  Kalau dia bertelur kat bawak pokok,  sejuk....so semua anak penyu yang terjadi akan jadi jantan.  Kalau kat tengah-tengah panas macam ni,  depa semua kan jadi betina.  So untuk memastikan kemandiran spisyis penyu di Penang,  pengkaji di Pusat Konservasi Penyu akan bertanggungjawab untuk gali dan ubah semula telur-telur ini untuk pastikan jumlah jantan dan betina seimbang.


 Depa duk pi dengar penerangan pasai penyu.

 Aku kat sini muka pun dah macam penyu.


 Dulu aku mai sini takdak lagi benda ni.  So kenalah posing.  Thanks sebab sudi love diri aku.  HAHAHAHAH


Posing kat daun pokok alban.  Pokok ni renjer kata boleh buat ubat.  Ubat apa aku tak tau.





 Kesian aku tengok penyu ni,  tapi ada sebab pasaipa depa simpan kat sini sat.  Dulu aku mai sini,  ada penyu lain.


 
Renjer Ali duk buat penerangan pasai penyu.


 Lia Hasty dan kak menakan penyu.

 Pasir kat pantai Kerachut adalah jenis pasir kristal.  So dia tak akan melekat kat badan kita.  Sapu-sapu dia jatuh.

 
 Ini antara batu kristal yang besaq aku kutip.

 Elok ja deni duduk berteduh kat dahan pokok alban.  Tak patah la pulak.





Di kawasan tapak perkhemahan di Pantai Kerachut.


Sejenis benih pokok hutan yang sempoi,  dia ada kipas untuk terbang dan ditanam di tempat yang lebih jauh.


Dengan gang blogger Ben Ashaari.  Kak Saidila dan Afiq Halid.


Kat US ada bigfoot,  kat Pantai Kerachut depa percaya makhluk yang sama macam tu depa panggil belian.

Semua pun berusaha mencari belian.


Tapi sebenarnya,  akaklah belian tu.

Tasik meromiktik yang terletak di Pantai Kerachut adalah antara yang paling unik sebab terjadi apabila air laut yang naik sebab air pasang masuk ke kawasan pedalaman pantai dan ombak memukul pantai hingga terbentuk empangan semulajadi. Dan daripada hutan, mengalir pulak air-air sungai yang dikatakan daripada 3 atau lebih sumber anak sungai. Maka terbentuklah tasik meromiktik. Tasik ini ada dua lapisan air, atas air tawar dan bawak air masin. Tidak tercampur ya dua larutan ini. HEBAT! Subhanallah. Disebabkan itu, tumbuhan yang hidup di dalam dan keliling tasik ini adalah berlainan daripada kawasan sekitarnya. 


Apabila penuh, tasik ini boleh mencapai hingga kedalaman 2 meter. Sampai waktu, empangan semulajadi itu tadi akan pecah dan mengikut kata pak renjer, bunyi empangan pecah ni macam bunyi bom meletops. Dalam masa 2 jam, air yang penuh tadi akan mengalir semuanya ke laut. Dan kawasan ini akan kering semula.


Tapi sayangnya, sudah dua tahun tasik ini tidak terbentuk walaupun sudah dua kali musim angin barat berkunjung. Mungkin kesan daripada tambakan tanah di perairan Gurney dan jugak Teluk Kumbar untuk membuat pulau jadian di sekitar Pulau Pinang? Mungkin juga. Selain daripada tasik meromiktik yang dah lama tak terbentuk, kami jugak berkesempatan untuk menyaksikan air lumpur warna hitam yang berbau busuk yang naik ke tepian Pantai Kerachut. Kata pak renjer, benda ni baru terjadi sebab kemungkinan aktiviti tambak pasir di Gurney di mana, tanah yang busuk di korek dan dibuang di perairan berdekatan Pantai Kerachut. 


Okaylah aku tak mau cerita banyak lagi. Hangpa tengok gambar. Hangpa boleh baca catatan aku dalam blog post aku sebelum ini. Aku cerita panjang lebiaq. Nah link:





Petang yang damai di Pantai Kerachut.


Pokok-pokok di tepian pantai.







Nampak tak macam lubang-lubang tinggal ni semua,  ini semua adalah lubang yang dibuat oleh penyu.  Sebahagiannya adalah bekas depa bertelur,  ada juga yang depa saja buat lubang tipu untuk mengelirukan pemangsa.  Kerlasss!



Hello!



Tasik meromiktik.

Okay kita suruh renjer satu posing dulu.

Lani kita suruh renjer kedua pulak posing.  Amboi...awat terbeliak mata Abang Ali.


Yang dua depan ni,  team Tourism Malaysia.  Comel depa pakai ponco.


Renjer Shah dan penyu ajaib.  Kembara ke tasik meromiktik.  Best la tajuk ni kalau buat kartun.


Renjer Ali kata,   selut kat sini bagus dan kaya dengan mineral.  Kakak-kakak ni pun bukak la kasut dan terjun dengan harapan kaki depa yang macam petani akan berubah menjadi cantek rupawan selepas dicuci.  HAHAHA


Dulu last aku mai sini,  aku explore sorang-sorang naik titi ni sampai ke hujung batu.  Pastu aku dengar bunyi azan.  Ingatkan aku untuk ceritakan kisah seram tu dalam post seterusnya.


Sapa nampak batu macam alien tu?

Mau sembelih penyu ni jual kat kedai seafood Cina.  Mesti mahai.




Sebelum kita balik,  kita pose dulu.  Thank you Tourism Malaysia Northern Region atas peluang ini.  Bestlah bercuti di negara sendiri.  Tak payah buat personal loan!

4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region