25.11.19

The Crown Season 3

Review ini takdak spoiler.  Nak spoiler apa aih,  kanka semua cerita keluarga Diraja British kita semua dah tau?


Yeah!  The Crown Season 3 dah keluar.  Tepat pada tarikh release,  jam 4:00 petang waktu tempatan,  aku bukak Netflix nenjia semua 10 episod dah ada siap.  Aku amik masa dua hari bagi habis.  Musim ketiga drama bersiri The Crown terbitan asli Netflix adalah sebuah sorotan cerita yang berlaku kepada Queen Elizabeth II bagi setiap dekad (10 tahun) disusun dalam beberapa episod untuk satu musim.  Seperti kita tahu,  musim pertama dan kedua menyoroti kisah-kisah besar Queen Elizabeth II sekitar tahun 50an hingga 60 an yang dilakonkan oleh Claire Foy.  Untuk musim ketiga,  penerbit drama bersiri ini memilih untuk mengambil Olivia Colman untuk melakonkan watak Queen Elizabeth II dan untuk musim ketiga dan keempat ini,  kisah-kisah kehidupan ratu England sepanjang tahun 70an dan 80 an.

So macam mana?  Hangpa dah tengok ka?  Ini adalah pendapat ikhlas aku.  Mungkin pandangan aku berbeza dari hangpa,  dan mungkin ketika aku tulis review ini aku baru SEKALI tengok episod-episod ini.  Percayalah,  aku memang suka The Crown dan untuk episod dalam musim-musim pertama dan kedua aku dah tengok more than 4 kali aku rasa.  Aku suka ulang-ulang dan tengok lagi sekali cara depa berlakon dan cakap semua.  Best.

Adakah pendapat aku masih sama apabila semua pelakon utama telah bertukar?



Olivia...Mata tu bagi kecik sikit....

Olivia Coleman
Siriesly,  aku adalah agak kecewa dengan lakonan Olivia Colman.  Bukan sebab dia berlakon tak baguih.  Gila! Deni baru menang anugerah pelakon terbaik Oscar tahun lepas.  Tapi,  dalam drama ini, Olivia Colman adalah Olivia Colman!  Dia tak berubah menjadi QE II.  Dia macam makcik-makcik English yang biasa,  petang-petang minum teh dengan scone dan clotted cream.  Body language dia tak sekuat lakonan Claire Foy.  Dalam banyak situasi,  cara dia berdiri,  berjalan,  raut wajah menunjukkan dia seorang ratu yang tidak berkeyakinan.  


Come on!  Queen Elizabeth II paling terkenal sekali sebagai apa?  Sebagai ratu paling HATI KERING orang Melayu kata.  Muka dia jaranggggggggg tunjuk emosi.  Tapi lakonan Olivia Colman di bahagian mata sahaja terlalu banyak memberikan emosi kepada penonton macam aku.  


Memang jauh beza la pembawakan watak QE II oleh Claire Foy dan Olivia Colman.  Claire Foy bukan sahaja mengubah 100% pergerakan badan,  wajah,  mata malah suara dan percakapannya.  Dia betul-betul tiru suara QE II.  


Casting - Pemilihan Pelakon
Bagi aku pilihan pelakon kali ini amatlah membosankan dan Olivia Colman dan Helena Bonham Carter sebagai Princess Margaret aku rasa macam over-rated sangat.  Depa bukan tak baguih,  depa baguih,  tapi tak sesuai la untuk watak-watak ini.   Pastu kan kalau ampa perasan la,  kalau apa sahaja cerita terbitan UK atau England....mesti kena ada Helena Bonham Carter ni!  Dan beberapa muka lain,  depa la dalam cerita Harry Potter,  depa la jugak dalam The King's Speech,  depa la dalam semua-semua.  Macam takdak pelakon UK lain yang baguih untuk depa amik.  

Helena Bonham Carter sebagai Princess Margerat dalam satu babak di Pulau Mustique.


Bagi aku depa (casting) macam takdak effort.  Mengambil langkah mudah sebab depa ni memang terror berlakon (walaupun tak sesuai dengan watak) dan depa ni popular.  Aku rasa British ada banyak lagi pelakon baguih yang orang tak kenai.  Dan memilih pelakon yang tak berapa dikenali adalah penting juga untuk memastikan orang fokus pada watak dan pelakon tu sendiri.


Tobias Menzies sebagai Prince Philip.

Tobias Menzies yang berlakon sebagai Prince Philip macam tak wujud pun takpa. Lakonan dia tenggelam. Satu lagi watak tak kena adalah watak Mother of Queen untuk season ini.  Nama pelakon tu,  Marion Bailey.  Tak kenaa langsung wehs. Bak kata Hilal Azmi dan team Astro Awani,  "Tak nampak kaya." Satu lagi watak yang aku rasa sangatlah tak kena adalah Derek Jacobi sebagai Duke of Windsor atau mantan King Edward VIII yang turun takhta kerana ingin berkahwin dengan wanita janda dari Amerika Syarikat.  Derek Jacobi sedikit lebaq dan pendek,  dan aku rasa paras wajah dia lebih sesuai untuk lelaki bangsa Scandinavian,  bukan English.

Tang telinga tu memang sama dengan Prince Charles.

Pelakon yang aku rasa okay adalah Josh O'Connor sebagai Prince Charles. Dia sangat okay.  Pada pendapat aku,  dari segi body language,  suara dan pembawakan watak tu memang dia BERJAYA menghidupkan watak Prince Charles masa muda.


Salah satu sebab aku rasa kenapa aku sangat kritikal tentang pemilihan pelakon  keluarga diraja British ni adalah sebab aku SANGAT RAJIN tengok dokumentari tentang keluarga diraja British.  Pasai QE II,  laki dia,  anak-anak dia,  mak dia,  bapak dia,  tok dia,  moyang dia,  mak mentua dia.  Semua aku suka tengok!  Cerita depa semua,  aku boleh habaq balik kat hangpa macam budak darjah 4 hafal teks pertandingan pidato.  


Maka dengan itu,  aku amatlah suka lakonan Josh O'Connor sebagai Prince of Wales.  Prince Charles walaupun kena kutuk satu dunia tapi dia ada kekuatan dan misteri dia sendiri.  Dan sebagai tambahan Josh O'Connor ni tak hemsem tapi tak lah menyeksakan untuk dilihat. Itulah Prince Charles.  Mungkin dia punya sway sebagai English gentleman membuatkan kita suka tengok dia.  Kan selalu orang kata,  biaq muka macam monyet tapi jangan perangai terhengkak-hengkak macam monyet.  


Princess Diana
Untuk musim 3 ini,  hangpa akan belajar sikit tentang bagaimana Prince Charles memulakan percintaan dia dengan Camilla Parker Bowles atau asalnya Camilla Shand.  Jangan harap nak jumpa kelibat Puteri Diana lagi sebab tahun 70 an ni,  dia tak mai lagi dalam hidup Prince Charles dan keluarga diraja QEII.  Tapi depa habaq la,  pelakon yang akan membawakan watak Princess Diana nama dia Emma Corrin.  Aku tak sabaaqqqqqqqqqqqqqqqq nak tunggu musim depan dan musim lagi satu lagi (yang akan merangkum kisah-kisah sekitar tahun 90an) sebab masa tahun itulah baru banyak cerita pasai mendiang Puteri Diana.


Beberapa gambar dalam internet menunjukkan Emma Corrin sebagai Princess Diana.  Please make sure hang berlakon baguih wahai Emma!!


Topik
Seperti mana yang diherdik dalam skrip drama komedi The Windsor (hangpa boleh tengok kat Netflix,  lawak nak mampuih wehs)  watak Princess Beatrice menyatakan "I just finished watching The Crown and I never realized how important we are to the country" HAHAHAHAH nohorom.   Aku rasa itulah antara usaha penerbit siri ini. Untuk menunjukkan monarki Britain ini terus releven di mata rakyat UK dan seluruh dunia.

Tanpa dinafikan,  di mana-mana sahaja kat dunia ini,  kalau ada institusi di raja mesti ada pihak yang ingin menjatuhkan institusi tersebut atas nama revolusi.  Namun, pada pendapat aku secara peribadi.  Institusi diraja yang ada di mana-mana negara pun adalah kekuatan bagi sesuatu negara itu sendiri, bagaimana ianya berfungsi perlulah seimbang dengan cara pentadbiran yang sesuai dengan keadaan sosio ekonomi di negara tersebut.  Bila dilihat negara-negera yang pernah mempunyai sistem beraja namun akhirnya institusi itu hilang,  seperti India dan Indonesia atau Rusia.  Kehilangan yang besar aku rasa untuk negara-negara ini.

Aku rasa untuk musim ketiga ini ceritanya hebat-hebat dan ada yang aku tak pernah dengar antaranya kisah di kampung yang ranap akibat tanah runtuh dari lombong di Aberfan,  Wales dan cerita Princess Margaret pi pujuk President Johnson untuk bantu depa dari segi kewangan.  Tapi,  ada jugak cerita yang bohsan dalam Moondust tentang macam mana Prince Philip macam bohsan tak tau nak buat apa dengan hidup dia (mid life crisis) dan beberapa lagi aku malaih mak cerita semua.  Tapi sebagai kesimpulan....boleh kata semua cerita tak best dan amat bohsan.  Di tambah pulak dengan,  pelakon watak yang (bukan tak bagus) tapi tak sesuai.

Pasaipa lately semua drama bersiri macam makin bosan?  Game of Throne finale season pun tak best,  ini pun tak best,  Avengers: Endgame pun tak best.  Cerita yang kita expect kau-kau,  tapi hampeh.  Nasib baik JOKER  best.  hahaha.

Okay sekian sahaja review mak yang panjang lebaq.  Hangpa pi tengok kaih dekat Netflix dan habaq apa pendapat hangpa di komen.

7 comments:

  1. ooh i pun suka layan movie ttg queen queen dan sejarah england dulu dulu... kena layan series ni jugak laaaa!

    ReplyDelete
  2. ehh kalau watak diana ada.. mesti nanti akan ada watak Fergie Duchess of York tu kan? wahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss ...yang tu tak tau lagi sapa berlakon. tapi tak tau jalan cerita musim musim akan datang lagu mana sebab depa akan pick UP event-event penting sahaja dalam takhta QEII dalam dekad tertentu

      Delete
  3. i lg suka tgk vanessa kirby jadi princess margaret, kebanyakan season nie pelakon mcm x sesuai dgn watak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!!!!! detu kot luar (biasa) nampak lain...tapi dalam The Crown dia hidup...sangat princess Margaret. Sebab Princess Margaret memang terkenal lebih segak dan lebih LIVELY berbanding kakak dia...

      Delete
    2. betoi... walau x pernah tgk princess margaret dlm hidup sekarang(sbb dia dah maut kan) tp nmpk mcm hidup watak dia dan mcm dia betoi3 princess margaret vanessa kirby tu bawak

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE