3.11.19

Youtube vs Blog


Sekarang ni semua nak kena ada Youtube!!! Eh silap,  mai sini aku betulkan penyataan aku.  Lani semua nak jadi YOUTUBER.  Ada Youtube,  semua orang dah ada Youtube.  Hang sign in pakai account Google,  set up account untuk simpan sejarah video yang kita nak tengok,  subscribe channel yang kita suka dan sebagainya.  Tapi untuk jadi Youtuber,  bermakna kita yang create channel dan content dalam channel kita tu. 


Sapa perasan?  Big names macam Will Smith pun dah ada Youtube sendiri.  Nak ikutkan,  dia dah popular hebat teruk,   buat apa dia perlu ada Youtube pulak lagi? Kat Malaysia,  Dato' Seri Siti Nurhaliza pun ada Youtube channel sendiri.  Bukan untuk untuk video dia nyanyi tapi banyak rakaman tentang hidupan seharian dia,  macam Youtuber lain duk buat la.



Why?  Dah ada Facebook, Instagram dan Twitter tak cukup lagi ka platform social media ni semua untuk selenggarakan maklumat kepada para peminat?  




Pada pendapat aku,  Youtube akan melangkah ke satu arah capaian yang lebih tinggi.  Percaya atau tidak,  TELEVISYEN tidak akan popular lagi sebab semua orang dah beralih kepada paparan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.  Aku sendiri kat rumah tak dak televisyen,  bukan zuhud tapi aku rasa sudah tidak perlu.  Aku jarang ada rumah,  aku rasa membazir kalau bubuh smart TV dengan internet ataupun bubuh astro bagai.  Aku pakai smart phone,  semua aku buat kat sini.  Termasuk tengok berita,  TV dan movie.  Aku pi mana-mana aku masih boleh catch up dengan rancangan kegemaran aku melalui Youtube dan Netflix.


Netflix,  Hulu,  Iflix dan segalanya dah menjadi kemudahan yang semua orang akan ada kat dalam phone masing-masing.  Melalui apps media ini,  kita boleh tonton macam-macam drama bersiri,  movie termasuk dokumentari.  Memang puas hati,  pengguna dah banyak beralih daripada Tv ke saluran media macam ni.


Sebab itu,  Youtube menjadi platform yang ditumpukan sekarang.  Sebab kat Netflix,  hang tak boleh nak buat content,  tapi kat Youtube hang boleh.  Lepas ni semua orang akan tengok Youtube sebab dia free,  mudah dan semua orang ada.  Orang tak akan tengok TV dah,  lepas ni TV 1,  2,  3 dan semua TV TV lain dah beralih ke Youtube.  Aku tunggu berita utama keluar setiap hari jam 8 malam di TV3 official  

Please subscribe me on Youtube.

Aku pun duk menjinak-jinakkan diri jadi Youtuber.  Tapi shit weh memang susah.  Daripada tulis blog,  buat Youtube MAHA SUSAH bagi aku dari segi masa.  Yang lain-lain bab nak rakam semua tu takdak masalah bagi aku.  Tapi masa!  Nak make up dan pakai elok-elok.....BUKAN SEBAB AKU TAK SEGAK...HELLLO YOUTUBER LAIN PUN KENA BAGI SEGAK LA BILA NAK SHOOTING.  Dan set up tempat untuk shooting,  nak rakam,  pastu nak edit satu satu video.  Nak render dan masukkan segala details.  Last-last bila habis post kat Youtube,  satu video yang hanya amik masa 10 minit tu aku spend 1 hari untuk siapkan.


Kalau tulis blog......3 jam jer dah siap.  Macam artikel ini?  20 minit dah siap.  So masa berbual dengan geng2 blogger lain,  kami pun ada duk bincang bab ni.  Ramai blogger dah mula establish content depa melalui paparan video Youtube which is bagus,  kesungguhan dan kekreatifan seseorang itu terserlah dalam seni ciptaan video.  Tapi aku punya pendapat la,  macam mana pun hebat Youtube,  video,  dan segala maknena kita sebut sebagai karya visual ini......JANGAN LUPA...PENULISAN TETAP HEBAT DAN PENULISAN INI AKAN HIDUP SAMPAI BILA-BILA.


Aku pesan kat diri aku sendiri,  tak perlu terkejar-kejar teruk sangat kepada sesuatu yang sedang trending sampai aku lupa apa minat aku yang sebenar.  Aku rasa,  main niche aku tetaplah penulisan.  Untuk Youtube...aku akan buat video tapi paparan visul berdasarkan pengalaman yang digarapkan untuk paparan video 2-3 minit sahaja dan disusul dengan penulisan blog yang lebih details.  Aku jugak invest gadget-gadget ikut kemampuan untuk hasilkan video yang elok.


Cara pembaca aku sepanjang kerjaya penulisan blog (data 2010 - 2019).  Paling corot adalah Disember 2018 aku ada 4k visitor sahaja sebulan.


Sekian sahaja.  Terima kasih semua yang kembali membaca blog aku.  Sejak aku announce kata nak tutup blog pada Ogos 2018,  blog rating aku jatuh menjunam.  Pembaca dari 200k sebulan lani hanya 30k sebulan.  Mungkin lain ingat aku dah memang stop blogging,  yang lain pulak sebab aku dah remove kat social media (sebab masa tu aku terlalu down) dan selainnya mungkin tak suka sebab lani aku dah tak mencarut.  

Tak mengapa,  aku masih ada di sini.  Buat sahaja apa yang aku minat.  Moga hati-hati yang 30k sebulan ini terhibur dengan paparan ikhlas ku.  Love u olls!

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region