31.12.19

Nasi Ayam The Chicken Rice Shop

Nenjia....Azmi gondu dengan tangan ajaibnya.

The Chicken Rice Shop dah ada kat Malaysia sejak tahun 2000 lagi.  So masa dia mula-mula bukak dulu aku ingat kakak aku ajak pi makan, so kami pun tryla makan kat Tesco Jelutong.  Walaupun kakak aku belanja aku makan,  tapi aku rasa macam tak berapa nak best sangat pun Nasi Ayam kat The Chicken Rice Shop ni.  Selalukan makanan free kan sedap.  Tapi aku tak suka.  Kakak aku duk suka sangat.  
Pastu ada macam cerita viral (walaupun zaman dulu fenomena viral tak berapa kuat) pasai cerita kat The Chicken Rice Shop kata pekerja tak puas hati kat pelanggan dan akan ludah kat dalam taugeh nasi ayam tu.  HAHAHA start dari situ aku memang tak pernah pi makan pun kat sini.  Tapi aku perasan,  The Chicken Rice Shop terus wujud dan ada banyak cawangan kat Malaysia.  Lagu nyanyian Adibah Noor jugak menjadi lagu kebangsaan bila kita semua nak makan nasi ayam walaupun bukan nak makan kat The Chicken Rice Shop.  

"Chicken Rice Shop....chicken rice and moreee...." (aku nyanyi lagu orang putih la sebab aku kan selalu dengaq radio orang putih.


Being Elmo: A Puppeteer's Journey (2011)



Wah!! Ini adalah antara dokumentari best aku terjumpa dalam Netflix.  Hangpa patut tengok.  Pasai seorang lelaki yang bertanggungjawab menghidupkan watak Sesame Street kesukaan ramai iaitu Elmo.  

Hangpa tau tak,  di sebalik puppet monster berwarna merah yang comel dengan suara budak-budak yang sangatlah cute nak mampuih itu sebenarnya adalah seorang lelaki kulit hitam dari Amerika. HAAAA AMIK HANG!

Parasite (2019)



Aku jarang nak tengok cerita Korea.  Sebab sebenarnya aku rimaih la tengok Korea ni semua cantik-cantik,  laki pun cantik,  perempuan pun cantik.  Aku rasa macam boring tengok kecantikan depa.  Muka semua sama pulak tu.  Tapi tak dinafikan,  ramai orang duk kata filem dan drama Korea semua hebat-hebat dan baguih.  So baru-baru ini untuk tahun 2019 ada satu filem keluaran Korea yang menjadi bualan hebat sampailah disebut-sebut untuk pencalonan dalam Oscar 2020.  Filem ini bertajuk Parasite.  So aku pun tengok gambaq ini dan bagi aku inilah antara gambaq terbaik untuk tahun 2019.

SPOILER ALERT.  Review ini mempunyai spoiler,  so kalau hangpa tak mau tau pasai cerita ni,  sila tonton filem dahulu.

20.12.19

Random Photo 2019

Nenjia,  unedited, no crop,  raw photos of JUMIE SAMSUDIN for 2019.  Semua random photo aku amik sempena tahun 2019.  Bila tabok-tabok gambar banyak macam ni,  baru rasa macam ehhhhh macam-macam jugak aku dah buat dah tahun ni.  Alhamdulillah.


Self
Ni kira aku anggap selfie aku paling elok untuk tahun 2019.  Yes,  camera ni ada beauty effect sikit.  Horom muka aku macam pelakon.

Hello 2020!

Aku paling kiri.  Masa ini umur baru 10 tahun,  tahun 1995.  Kakak aku kawen time ni.  Time umur macam ni la duk kena lukis WAWASAN 2020 kat sekolah.


Hello u olls semua.  Sementara duk ada mood mai aku buat blog post siap-siap review tahun 2019.  Alhamdulillah nak mai hujung tahun dah.  Selesai satu bab.  Tapi tahun ni istimewa sebab akhirnya,  sampailah kita ke usia untuk tahun wawasan Tun Dr. Mahathir.  Aku duk ingat lagi masa kecik-kecik dulu kat sekolah semua duk pulun kena buat lukisan,  apakah imajinasi untuk tahun 2020.  Aku ingat lagi aku punya lukisan,  ada skyline bangunan tinggi-tinggi dan macam-macam bentuk.  Ada bentuk tiga segi,  ada bentuk bulat,  dan semuanya lebih tinggi daripada KLCC dan KL Tower.  Pastu kot celah-celah ada LRT monorail macam mana ka dan KERETA TERBANG.

Dan dari dulu juga aku duk kira siap-siap dah,  by the time masuk tahun 2020,  aku umur 35 tahun,  aku akan jadi wanita bekerjaya,  pakai kereta besaq dan hebat,  ada rumah yang ada swimming pool.  Itulah impian aku sejak kecik.  

Nenjia,  akhirnya perkiraan bertahun-tahun ini sudah sampai ke pengakhiran.  Tak sampai 20 hari lagi kita dah masuk 2020.  Kereta terbang tak wujud lagi,  tapi aku bersyukur sebab lani nak tengok TV ka apa,  boleh tengok ataih sekeping besi atas tangan saja (handphone/tablet).  Bagi aku ini dah cukup hebat dah.  Dan aku tak sangka,  dengan adanya internet pada abad ini,  aku punya minat menulis,  buat buku folio fesyen/ baju pengantin,  cerpen dan novel yang aku buat sejak sekolah rendah dan menengah sambung sampai lani dan dikongsi untuk semua kawan-kawan aku yang sudi membaca dengan adanya internet.  Dulu aku buat cerpen,  tulis dalam buku nota dan akan pass satu sekolah.  (Tak caya tanya kawan-kawan SGGS aku).

Berkenaan dengan bangunan yang tinggi-tinggi tu semua,  okay la kat belakang tempat kerja aku ada bangunan tinggi kot ataih dia ada benda bulat macam teloq macam mana ka.

Dari segi kerjaya,  yes alhamdulillah ada kerjaya.  Walaupun bukan kerjaya profesional macam engineer ka doktor ka,  tapi banggala noks mak kerja dah 14 tahun dah sekarang.  Kereta besaq dan hebat bertajuk Perodua Bezza.  Dan ada rumah sendiri YEAHH!! Dan walaupun takdak dalam angan-angan time tu,  tapi tak sangka aku ada suami yang hemsem dan baik keturunan Jawa tapi nampak rupa macam mixed Benggali Eurasian (steady abiang...duk puji takdak ka apa aka apa ka apa ka).

Tapi apa aku nak habaq adalah,  tahun ini dan tahun-tahun mendatang aku rasa adalah JAUH LEBIH BAIK daripada era tahun 2013 hingga 2018.  Lima tahun ni aku rasa macam aku lost sikit.  Macam-macam kejadian jadi.  Takpa,  janji kita teruih tengok ke depan,  dan stay fokus untuk cari kebahagiaan dan rahmat Tuhan.  Aku dah buang banyak perangai tak elok yang boleh membinasakan perjalanan kesihatan mental aku,  walaupun masih ada sikit-sikit tapi yang penting kita kena keep progressing.

Tahun ini juga aku mengambil keputusan untuk lebih terbuka untuk bercerita tentang kesihatan mental aku.  Aku didiagnose sebagai Bipolar Disorder.  Tahun ini,  3 kali aku depression teruk (manic depressive).  Alhamdulillah takdak apa bodo-bodo yang jadi.  Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang selalu mendokong perkongsian aku melalui sosmed.  Tapi mula-mula macam rajin duk post macam-macam,  pastu aku macam stop sat sebab aku rasa rimaih sebab aku rasa macam semua orang duk bagi aku 'special treatment'.  Aku tak suka rasa macam handicapped.  Rimaih la jugak bila ada yang duk mai bagi aku nasihat panjang-panjang dan over concern.

4.12.19

Eastin’s Yuletide Feast Christmas Buffet at Eastin Hotel Penang

Terima kasih Eastin Hotel Penang atas jemputan ini. 



Bersempena dengan perayaan hari natal, restaurant Swez Brasserie di Eastin Hotel Penang menyajikan Christmas Eve Buffet Dinner bertajuk Eastin’s Yuletide Feast. Oh! Aku sangat suka sajian yang disediakan oleh pihak Eastin hasil karya kulinari daripada Chef Alex yang baru jer join Eastin Hotel Penang. Pilihan citarasa istimewa yang sering disajikan sepanjang musim perayaan Krismas dari negara Barat malah Asia. Oh! Tunggu aku kongsi gambar Kim Chee Soup with Clams and Tofu. Tentu-tentu resepi Korea yang amatlah menarik. Bau ja….pergh!


Me with Mr.  Santa and Eastin families.


Hidangan dia semua lain dari lain, banyak yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Tunggu nanti I susun semua gambar dan video kat bawah dengan deskripsi, u olls boleh tengok sendiri. First time cuba chicken liver terrine, braised beef ribs, gravlax…nama pun susah nak sebut u olls. Oh yes, I cakap tak pasai dia punya Roasted Turkey? Gila punya sedap. Moist dan flavourful. Chef Alex habaq, dia guna teknik brining. Aku pun baru google apa Teknik tu? So basically, Teknik memerap daging/ayam dalam ramuan air berperisa. Lepas tu baru bakar. Kerlas…. 


Chef Alex sedang memberikan tips akhir kepada team kulinarinya.


2.12.19

Once Upon A Time in Hollywood


Yeay! Sebuah filem dari salah seorang Pengarah Filem kesukaan aku,  Quantin Tarantino.  Pasaipa aku suka mamat ni?  Dia otak kuning,  cara dia masukkan keseksian dalam cerita dia sangatlah 'kotor' tapi mahal. Paling tak buleh lupa, macam mama Salma Hayek menari dengan ular dalam filem From Dusk till Dawn pastu dia tuang air arak dari kaki dia dan bagi watak lelaki dalam cerita tu minum. Shit!! Ini adalah pameran seks kotor yang nampak sangat mahal untuk penonton yang mempunyai otak gila seperti kami jugak.  Selain itu, Quantin adalah pengarah filem kesukaan aku adalah sebab cerita-cerita fisyen yang lawak campur horror campur tembak dan darah yang sangat ngeri. Tapi........PELAKON DALAM CERITA DIA MESTI SEMUA BEST2 DAN HEBAT.  Dia la perkenalkan pelakon Colenal Landa dalam cerita Inglourious Basterds . Haram watak tu paling epik. Oh yes, aku habaq lagu-lagu dalam filem Quantin pun mesti best dan rare!!!!


Brad Pitt dan Leonardo Di Caprio sebagai Rick dan Cliff.

Review Gegar Vaganza 6 Minggu ke 8



Hello u olls,  takutnya nak buat review pasai artis atau apa-apa lagi yang tengah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.  Takut apa?  Takut kena saman.  Kita tulis benda betul pun salah,  kita bagi pengajaran dan panduan.  Ulasan berdasarkan kerajinan aku mencari fakta dan berbandingan usul,  itu pun tak boleh.  Semua nak sakit jubs dan semua ugut nak saman.  Aku stop menulis review kes-kes sosial ni lebih kurang 1 tahun dah,  aku rasa sekarang buleh start balik.  Tapi aku nak bubuh disclaimer siap-siap kat bawah blog aku. 

"Sila ambil perhatian bahawa blog ini adalah sebuah blog peribadi. Sehubungan itu, sebarang penulisan ulasan dan penceritaan adalah semata-mata untuk tujuan hiburan.  Sebarang pendapat adalah luahan saya sendiri yang subjektif dan tidak semestinya tepat dan benar. Walau bagaimanapun, saya akan membuat kajian sebanyak mungkin untuk setiap informasi yang diperlukan."

Tapi takpalah,  kita buka tirai baru.  Orang nak seronok-seronok,  mesti ada punya segelintir yang busuk-busuk hati sebab depa sendiri tak tau nak cari keseronokan hidup macam mana.  So here goes,  review pertama aku pasai artis nahai ni semua untuk tahun 2019 dan tahun-tahun seterusnya.

Aku tak berapa sangat ikuti Gegar Vaganza (GV) dari awal sebab aku tau,  kot awai-awai semua duk nyanyi yang ceroi punya.  So aku tunggu yang hujung baru aku start tengok.  Untuk orang takdak Astro dan takdak TV kat rumah macam aku,  beruntung sebab siaran GV sekarang disediakan melalui tayangan Youtube.  Bagus Astro,  langkah digital yang berani.

So next,  jom kita buat review ringkas tentang persembahan para peserta untuk Gegar Vaganza 2019 minggu ke 8 bertemakan RE-SET!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE