31.12.19

Being Elmo: A Puppeteer's Journey (2011)



Wah!! Ini adalah antara dokumentari best aku terjumpa dalam Netflix.  Hangpa patut tengok.  Pasai seorang lelaki yang bertanggungjawab menghidupkan watak Sesame Street kesukaan ramai iaitu Elmo.  

Hangpa tau tak,  di sebalik puppet monster berwarna merah yang comel dengan suara budak-budak yang sangatlah cute nak mampuih itu sebenarnya adalah seorang lelaki kulit hitam dari Amerika. HAAAA AMIK HANG!


Kevin and Elmo!


So aku pun tengok dokumentari ini,  Kevin Clash memang minat puppet sejak dia kecik lagi.  Masa dia kecik-kecik lepas tengok TV,  tengok puppet,  dia pi potong jaket bapak dia dan buat puppet.  Bapak dia tak marah,  tapi bapak dia kata,  kalau hang nak buat puppet,  habaq nak beli bahan apa,  jangan duk potong baju orang suka hati. (Tapi bapak dia cakap orang puteh la).

Pastu sejak itulah dia punya minat pada puppet menjadi-jadi.  Hari hari lepas balik sekolah dia akan menjahit puppet sendiri, dan praktis macam mana nak main puppet tu.  Praktis macam mana nak gerakkan puppet dan buat suara semua.  Bila dia masuk sekolah menengah,  dia siap buat kerja-kerja amal,  buat persembahan puppet untuk anak-anak sakit di hospital.

Lepas dia habis sekolah,  dia jumpa dengan pembuat puppet hebat iaitu Jim Henson yang mencipta katak Kermit.  Dari situ perlahan-lahan dia masuk production Sesame Street.   Bila dia masuk team puppet Sesame Street,  dia akan tolonglah tukang puppet yang lain.  Masa tu watak Elmo dah ada dan dimainkan oleh tukang puppet yang lain.  Watak Elmo adalah seekor monster kecik yang bersuara garau.  Sampailah satu hari,  tukang puppet tu rasa stress dan bohsan dan takdak idea dah tak tau nak main puppet Elmo macam mana,  so dia pun habaq la...sapa sapa nak try main Elmo...mainlah.  


So Kevin pun pick up Elmo,  dia cipta suara Elmo yang kita dengar sekarang dan dia sendiri cipta persona baharu untuk Elmo.  Dan mulai itu,  Elmo disukai dan disayangi oleh seluruh dunia.  

Aku terpegun mendengar cerita dan perjalanan hidup Kevin sebagai seorang tukang puppet.  Dia membuktikan bahawa tak kisah apa pun minat kita,  kalau kita buat bersungguh-sungguh dengan tekun dan sabar,  dan bukan semata-mata untuk duit dan kekayaan,  pastinya kejayaan itu lebih bermakna sebab boleh menyentuh perasaan dan hati orang lain.

Akhir kata tengoklah video klip Elmo paling cute di dunia yang aku paling suka!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE