31.12.19

Nasi Ayam The Chicken Rice Shop

Nenjia....Azmi gondu dengan tangan ajaibnya.

The Chicken Rice Shop dah ada kat Malaysia sejak tahun 2000 lagi.  So masa dia mula-mula bukak dulu aku ingat kakak aku ajak pi makan, so kami pun tryla makan kat Tesco Jelutong.  Walaupun kakak aku belanja aku makan,  tapi aku rasa macam tak berapa nak best sangat pun Nasi Ayam kat The Chicken Rice Shop ni.  Selalukan makanan free kan sedap.  Tapi aku tak suka.  Kakak aku duk suka sangat.  
Pastu ada macam cerita viral (walaupun zaman dulu fenomena viral tak berapa kuat) pasai cerita kat The Chicken Rice Shop kata pekerja tak puas hati kat pelanggan dan akan ludah kat dalam taugeh nasi ayam tu.  HAHAHA start dari situ aku memang tak pernah pi makan pun kat sini.  Tapi aku perasan,  The Chicken Rice Shop terus wujud dan ada banyak cawangan kat Malaysia.  Lagu nyanyian Adibah Noor jugak menjadi lagu kebangsaan bila kita semua nak makan nasi ayam walaupun bukan nak makan kat The Chicken Rice Shop.  

"Chicken Rice Shop....chicken rice and moreee...." (aku nyanyi lagu orang putih la sebab aku kan selalu dengaq radio orang putih.



Tapi tak tau macam mana tahun 2019,  aku kan lani rajin duk keluar dengan Azmi.  Pastu abang buyong ni pun satu hari ajak aku masuk The Chicken Rice Shop sebelum kami pi tengok wayang.  Pastu aku pun tak tau la nak order apa sebab dah bertahun tak makan sini.  Tapi haramjads ni,  cewah....duk order macam-macam dengan mahirnya.  Siap duk review kat aku,  yang ni sedap,  yang ni kawan kerja dia suka. Ehh...sibat hang selalu mai makan sini ka?

"Haa laa...kawan-kawan office aku pun suka duk mai makan lunch sini."   jawab Azmi.

Popia mangkuk ni kan kat Gurney Drive banyak hawker cina duk juai tapi tak berani nak beli.  Sedap wehsss!

Chicken Ricee shopppp....chicken rice and more (baca ikut suara Adiba Noor)

 Ni aku beli ayam tajuk apa tak ingat.  Rasa manis-manis macam mana ka.  Dap.....

 Taugeh dan nasi ayam.  Kombinasi yang baik.  Sumber protein dan tenaga.

Aku paling suka ni la.....aku confirm ampa tengok ni mesti ampa teruih bukak Food Panda nak order.


Tapi kan lani...lepas hampir dua dekad,  aku makan balik nasi ayam The Chicken Rice Shop.......ehhh sedap la pulak!  Punya sedap sampai aku punya suka lepas pi makan dengan Azmi kat The Chicken Rice Shop,  aku duk selalu order kat Delivery Eat.  Sampai dapat hadiah beg merah tu sebab order banyak.

Terima kasih lah kepada Datin apaka nama dia yang duk mengamok sebab dia kata servis kat The Chicken Rice Shop tak bagus dan lembap.  HAHAHAH aku rasa aku pi makan The Chicken Rice Shop time-time baru duk viral la kes Datin tu mengamok. Memang patutlah dia mengamok,  bagi aku nasi kat sini berpatutan,  sedap,  banyak pilihan dan mudah.  Sesuai untuk seisi keluarga.  Resepi baguih untuk kekal meletops di Malaysia.

ps/  Ini bukan post iklan.  Ni memang aku ikhlaih tulih.

3 comments:

  1. sampai sekarang belum dapat nak makan ni, kena masuk wish list 2020 pulak la :D

    ReplyDelete
  2. Ni la tmpt fav kalau nk mkn nasi ayam.. Lpas tu nazir..hahahha
    Aku suka ayam steam tu...
    Tpi kdg2 mlas nk masuk mall..aku nnt buat sdri

    ReplyDelete
  3. Hat popia mangkuk tu nama eh pie tee naaaaaa :P
    akak mai part gambor pie tee tu scroll lelaju, takuuuiitt teliur
    memang peberet ooiiiii
    1st time makan masa umur 11thn
    cikgu tuisyen (bangsa cina) yg masakkan
    start dri situ memang menjadi pujaan hati
    lagi sambal TCRS memang sedaaaapp nak matik

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE