2.12.19

Once Upon A Time in Hollywood


Yeay! Sebuah filem dari salah seorang Pengarah Filem kesukaan aku,  Quantin Tarantino.  Pasaipa aku suka mamat ni?  Dia otak kuning,  cara dia masukkan keseksian dalam cerita dia sangatlah 'kotor' tapi mahal. Paling tak buleh lupa, macam mama Salma Hayek menari dengan ular dalam filem From Dusk till Dawn pastu dia tuang air arak dari kaki dia dan bagi watak lelaki dalam cerita tu minum. Shit!! Ini adalah pameran seks kotor yang nampak sangat mahal untuk penonton yang mempunyai otak gila seperti kami jugak.  Selain itu, Quantin adalah pengarah filem kesukaan aku adalah sebab cerita-cerita fisyen yang lawak campur horror campur tembak dan darah yang sangat ngeri. Tapi........PELAKON DALAM CERITA DIA MESTI SEMUA BEST2 DAN HEBAT.  Dia la perkenalkan pelakon Colenal Landa dalam cerita Inglourious Basterds . Haram watak tu paling epik. Oh yes, aku habaq lagu-lagu dalam filem Quantin pun mesti best dan rare!!!!


Brad Pitt dan Leonardo Di Caprio sebagai Rick dan Cliff.

SUMMARY
Once Upon A Time in Hollywood (OUATIH) adalah sebuah cerita rekaan (fisyen) tentang para pelakon di Hollywood sekitar akhir tahun 1960. Ada watak berdasarkan orang betui dan ada watak yang datangnya dari watak-watak rekaan (fiksyen).  Kisah bermula tentang watak Rick lakonan Leonardo Di Caprio seorang hero gambaq-gambaq koboi yang duk mai tua dah dan tak popular dah sangat. Dia kawan baik dengan dia punya stuntman bernama Cliff lakonan Brad Pitt.  Ini adalah filem pertama lakonan Leo sejak dia menang Oscar tahun 2016.  Halaa...dia punya tiap2 tahun berlakon macam-macam filem target nak menang best actor di Oscar last sekali dia dah dapat,  dia rehat la kow-kow.  Brad Pitt pulak.....aiiiyooooooo aku suka laaaa deni sangatlah hemsem walaupun dah makin nampak dia tua dalam cerita ni.  Tapi Brad Pitt memang tua hang elokkkkkkkkkkkk.  Babila.

Elok deni nohorom.

Cliff dan Rick macam kawan baik.  Cliff jugak bekerja sebagai pemandu untuk Rick sebab lani job berlakon dah kurang sebab Rick pun dah jarang berlakon.


Jiran depa,  adalah Sharon Tate dan pengarah filem terkenal Roman Polanski.  Dua watak ini adalah berdasarkan orang betul.  Kat sini aku baru faham la,  rupanya OUATIH adalah sebuah fiksyen untuk menceritakan semula bagaimana malam terakhir Sharon Tate dan 3 orang kawan-kawan mati dibunuh oleh pengikut setia seorang laki psiko, cult leader bernama Charles Manson.  So bila aku sedar cerita ni pasai malam kejadian pembunuhan kejam ni, aku teruih berdebar setiap kali watak Shanon Tate lakonan Margot Robbie muncul di skrin.  


Memikirkan otak gila Quantin yang suka pada darah, pistol dan pembunuhan ngeri di layar perak nukilannya membuatkan aku tak senang duduk dan aku dah memang macam biasa, kalau mai bab bab ngeri bunuh-bunuh ni, bersedia untuk katop mata.


Kepada hangpa yang tak tau tentang kisah pembunuhan Sharon Tate, mai aku cerita secara ringkas.  Sharon Tate adalah seorang pelakon cantik.  Dia takdak la popular sangat. Tapi dia kawen dengan Roman Polanski. Polanski adalah pengarah filem gambaq hantu popular Hollywood iaitu Rosemary's Baby.  Gambaq ni aku tak pernah tengok lagi.  

Margot Robbie in Once Upon a Time... in Hollywood (2019) as Sharon Tate.

Lepas depa kawen, depa duduk la kat sebuah rumah agam di Hollywood. Hidup depa style hebat la. Tiap-tiap malam lepak, party, enjoy.  Party kat Playboy Mansion,  party kat rumah sendiri.  


Pastu satu malam, depa Sharon Tate dan 3 orang kawan baik dia tengah  lepak-lepak kat rumah tiba-tiba depa dibunuh oleh pengikut ajaran sesat Charles secara kejam. Depa semua mampuih. Cerita ni jadi berita hangat di Hollywood time tu sebab Sharon Tate tengah sarat mengandung tau.  Laki dia Polanski duk ada di luar negara sebab kerja.  


Charles Manson tak buat pembunuhan tu.  Dia just bagi arahan ja kat anak anak buah dia.  Masa tu dia ada kat mana, aku tak ingat. Aku try cari quick answer di Google tapi tak jumpa. Malaih nak baca artikel lain panjang-panjang. Empat orang pengikut Charles Manson, iaitu Tex, Sadie, Flower Child, dan Katie pi rumah agam tu dan bunuh semua orang dalam rumah tu.  Sebab sebenarnya Charles Manson bara dengan orang lain,  orang tu dulu janji nak bagi deal recording artist kat Charles Manson tapi tak tepati janji.   Marah kat orang lain, tapi orang lain yang mampuih. Itulah yang celakanya.   Tapi akhirnya Charles Manson pun sama kena tangkap sebab dia yang mengarahkan pembunuhan itu.


TAPI INI CERITA BETUI APA YANG JADI!  Haaaaa....cerita OUATIH lain wehs.


Rupanya pada malam kejadian pembunuhan itu,  pengikut Charles Manson tersalah masuk rumah. Instead of masuk rumah Sharon Tate, depa pi masuk rumah Rick. Kebetulan Cliff duk ada di rumah,  so berlakulah sesi fight antara Cliff dan para pengikut Charles Manson tu. Last-last depa semua (pengikut Charles Manson) yang mampuih.  Cliff, Rick, bini baru Rick semua hidup. Dan Sharon Tate semua pun hidup.  Malam tu lepas polis semua balik,  Sharon Tate jemput Rick mai lepak minum2 kat rumah dia.

Yeaaaahhhh...inilah penulisan fisyen Quantin yang memberikan satu bayangan indah, sweet memory untuk tragedi yang telah berlaku tepat 30 tahun yang lalu.  Tula aku kata,  Quantin ni best.


Lakonan Leonardo macam lawak sikit dalam filem ni.

PASAIPA CERITA NI BEST
Alasan pertama sebab pengarah dia aku suka.  Kedua aku rasa sebba Brad Pitt yang hemsem.....aku dah la taste laki laki tua ni. Dia pun duk makin tua tapi elok. Dalam cerita ni,  dia memang seksi dan lakonan dia dengan Leonardo sangatlah sesuai. Chemistry depa bersama memang natural.  Leonardo dalam cerita ni aku rasa lebih kurang sama macam dia dalam cerita Wolf of Wall Street. Banyak emosi, banyak marah, banyak bebai bebai.


Latar belakang era awal 70an, (tapi kejadian ni tahun 1969) so aku suka tengok latar belalang dan set.  Fesyen, make up. Lagu. 70s in best.


Ada banyak filem yang menceritakan kisah Charles Manson yang aku pernah tengok antaranya baru-baru ni dalam Netflix ada. Manson Family Vacation, filem indi yang best jugak la untuk dilayan.  Tapi aku tak pernah tengok mana-mana filem pasai Sharon Tate, tapi apa yang aku nak habaq adalah filem berdasarkan kisah benar tragedi pembunuhan ngeri macam ni selalu akan membawa kita kepada kisah-kisah negatif yang bagi kita sakit otak. Tapi OUATIH bagi kita happy di endingnya. Satu semangat baru dalam dunia penulisan kreatif yang aku suka.


Ada beberapa babak hebat dalam filem ni yang hangpa mesti enjoy punya.  Brad Pitt pi melawat kawasan 'perumahan' anak anak Charles Manson. Depa ni hippies. Tahun 70an depa ni berlambaq.  Spisyis orang orang putih tak mandi, hidup free tanpa peraturan hidup sebab depa menolak kekejaman dan pemerintahan. Anti establishment gitu.  Dalam filem ni, akan nampak la rumah depa semua macam mana. Pastu perempuan-perempuan dia semua cantik-cantik tapi kotoq tak mandi.  Ketiak tak shave. Eeee gelilaaaaaaaa.....tengok kat skrin pun aku boleh bau dah kat hidung aku.


Pastu babak Brad Pitt fight dengan Bruce Lee. Hahahaha ni aku paling suka. Bruce Lee memang infamous dengan mulut dia yang cakap besaq di belakang set.  Dia riak dan bongkak, suka cakap kat semua orang dia lah yang paling hebag terror fight kat dunia ni.  Siap ada pun urban legend yang mengatakan, Bruce Lee mati sebab pendarahan dalam badan akibat kena pukul dengan pelawan lain akibat cabaran-cabaran macam ni.  Ada yang kata, dia fight tu dengan pelakon dari Indonesia.  Tak ingat nama pelakon Indo tu ada, tapi memang hebat dalam silat. Sekali dia tendang secara batin kat Bruce Lee tu yang dia mampuih teruih. Tapi itu urban legend.  Dalam cerita ni,  Bruce Lee cabar nak fight dengan Bras Pitt. Sekali Brad Pitt tendang, Bruce Lee terpelanting pi kat kereta sampai badan kereta tu kemek. Hahahhahahahahhaha lawak scene ni.


Okay dah. Panjang aku tulih. Filem ni best. Sesuai tengok dengan laki, bini dan pasangan masing-masing. Budak2 di bawak 16 tahun tak sesuai. Sebab ganas sangat.  

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE