31.12.19

Parasite (2019)



Aku jarang nak tengok cerita Korea.  Sebab sebenarnya aku rimaih la tengok Korea ni semua cantik-cantik,  laki pun cantik,  perempuan pun cantik.  Aku rasa macam boring tengok kecantikan depa.  Muka semua sama pulak tu.  Tapi tak dinafikan,  ramai orang duk kata filem dan drama Korea semua hebat-hebat dan baguih.  So baru-baru ini untuk tahun 2019 ada satu filem keluaran Korea yang menjadi bualan hebat sampailah disebut-sebut untuk pencalonan dalam Oscar 2020.  Filem ini bertajuk Parasite.  So aku pun tengok gambaq ini dan bagi aku inilah antara gambaq terbaik untuk tahun 2019.

SPOILER ALERT.  Review ini mempunyai spoiler,  so kalau hangpa tak mau tau pasai cerita ni,  sila tonton filem dahulu.



Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga empat orang.  Depa ni orang susah.  Orang miskin.  Susah nak bayangkan orang susah/miskin di Korea kan?  Sebab selama ni kita tengokimej-imej Korea Selatan adalah sebuah kota maju dan negara yang hebat.  Depa sekeluarga hidup di sebuah rumah yang merupakan macam satu loteng di bawah bangunan dan laluan-laluan lorong terpencil.  Di hadapan rumah depa,  tiap-tiap malam nanti ada orang mabuk mai kencing merata.  Depa takdak wifi dan akan curi wifi jiran depa yang lain.  Kerja depa empat beranak masa tu adalah ambil upah melipat kotak pizza.

Pastu macam mana ka satu hari,  kawan anak lelaki depa ni mai rumah dan offer untuk kerja sebagai cikgu tuisyen kepada anak keluarga orang kaya.  Budak lelaki ni pun terus berubah imej menjadi pelajar universiti yang segak dan memulakan kerja sebagai cikgu Yazid.  Eh silap,  sebagai cikgu tuisyen.


Budak laki anak orang miskin ni sangat kagum dengan rumah orang kaya ni.  Rumah depa hebat kat atas bukit,  ada taman,  teknologi hebat,  keluarga ni pun ada empat beranak jugak. 

Daripada mula-mula kerja sebagai cikgu tuisyen,  perlahan-lahan dia convince tuan rumah tu untuk hire 'kawan' dia sebagai cikgu seni kepada anak bongsu keluarga tu.  Sebenarnya 'kawan' tu adalah adik perempuan dia sendiri.  Pastu dia susun dan atur macam mana ka,  sampai mak dia boleh jadi orang gaji dalam rumah tu.  Dan bapak dia diambil sebagai supir untuk keluarga orang kaya tu.

Sungguh hebat sekali macam mana selama ni depa hidup macam orang susah dan selekeh,  tiba-tiba bila mai kerja sini depa boleh jadi segak,  berpengetahuan dan mahir dalam bidang masing-masing dan rajin bekerja.  Sedangkan dulu zaman kerja upah lipat kotak,  ada sahaja kotak yang tidak dilipat dengan elok (tak berdedikasi walaupun kerja lipat kotak bukanlah kerja yang rumit).

Kekecohan bermula pada satu hari apabila keluarga orang kaya pi bercuti,  dan keluarga si miskin pun ingat dikesempatan orang kaya takdak rumah,  depa nak kongker rumah tu dan berparty!!!!!! Depa duk buat macam rumah depa sendiri la.  Makan dan minum arak semua sampai mabuk.  Tiba-tiba,  tengah depa duk mabuk,  orang gaji lama tekan loceng habaq kata nak minta izin masuk rumah.  Depa pun ketak,  tapi sebab kesian,  depa bagi dia masuk.


Rupanya,  orang gaji yang lama ni,  selama ni dia duduk rumah tu,  dia ada ruang bawah tanah rahsia yang dia sorang yang tahu.  Dan di bawah ruang bawah tanah rumah tu,  dia simpan laki dia!  Laki dia macam masalah psikosis macam mana ka,  tak boleh makan sendiri atau hidup macam orang normal.  So selama ni,  dia duduk rumah tu sebagai orang gaji sekalilah dia duk curi makanan dan bagi kat laki dia makan.

Maka berlakulah kekalutan,  orang gaji lama dan laki dia,  dengan keluarga orang miskin.  Dalam masa yang sama,  keluarga orang kaya pun tak jadi pi bercuti dan depa on the way nak balik rumah.  Depa semua (keluarga orang miskin) pukul dan kurung orang gaji lama dan suami dia dalam bilik bawah tanah tu.  Pastu yang hat lain sembunyilah.  Orang kaya balik rumah dalam keadaan rumah semuanya sedia elok.

Esoknya,  keluarga orang kaya berhajat nak buat birthday party kat taman rumah depa.  Masa ni la entah macam mana ka,  orang gaji tu punya laki terlepas keluar dari rumah bawah tanah rumah tu dan dia pi bunuh anak perempuan orang miskin kat birthday party.  Mak orang miskin pun kena bunuh jugak kalau tak salah aku. 

Semua orang bertempiaran lari,  entah macam mana,  yang selamat adalah keluarga orang kaya dengan anak lelaki orang miskin.  Bapak orang miskin lari pi sembunyi bawah ruang tanah rumah tu.

Fast forward cerita ni,  menunjukkan anak lelaki orang miskin bekerja kuat sampai dia mampu nak beli rumah ORANG KAYA TU.  Dan bila rumah tu dah jadi milik dia,  barulah bapak dia keluar daripada ruang bawah tanah tu.  Pastu kita semua macam woooooo...hebatnya!  Tapi tiba-tiba scene patah balik kat rumah orang miskin bawah tanah,  dan rupanya apa yang dibayangkan untuk scene akhir ini hanyalah angan-angan si anak lelaki miskin.


Pasaipa Gambaq ni Baguih?
Mungkin penceritaan aku dalam sinopsis kat ataih ni tak berapa nak synopsis sangat.  Aku cuba simplified sebaik boleh sebab malaih la nak cerita panjang-panjang,  biaq hampa tengok sendiri baru ampa lebih faham dan hayati mesej dalam filem ini.  Filem ini bukanlah cerita-cerita drama cinta dan keluarga Korea yang biasa hangpa tengok. 

Filem ini adalah semua thriller seram yang bermain tentang isu-isu psiko sosial.  Orang kaya perangai buruk macam mana,  orang miskin perangai buruk macam mana.  Semua pelakon dan watak dalam cerita ini bukan saja-saja appear kat dalam cerita ini untuk memenuhkan scene,  semuanya main peranan untuk bagi tau tentang perangai maknusia yang pelbagai.

Sebab tu la aku kata,  banyak lagi benda/butiran yang ada dalam filem ini yang aku tak ceritakan dan hangpa kena tengok sendiri. 

Filem ini juga bagus sebab jalan cerita dia padat,  cepat dan penuh dengan maksud simbolik.  Hangpa boleh bukak Youtube banyak orang putih pun duk review pasai filem ni baguih-baguih.   Sebagai kesimpulan aku bagi gambaq ni rating 9/10 sebab kepadatan mesej yang hebat dan hangpa semua patut bazirkan 2 jam 12 minit menonton filem ini.

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.sit] | ڤاراسيت

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau binatang (spt pokok api-api, cacing kerawit) yg hidup pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang lain serta mendapat makanan drnya. 2 ki orang yg menumpang pd orang lain dgn tidak membayar apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)





Siapa Parasit yang sebenar?
Jadi akhir cerita,  siapa yang parasit dalam filem ini?  Ini soalan aku tanya kat anak menakan aku Hanna bila dia dah tengok cerita ini.  Dia kata,  keluarga orang miskin tu la parasit sebab dia duk tumpang hidup orang kaya dan amik semua kesenangan yang orang kaya ni ada.  Pastu aku kata,  BUKANKAH ORANG KAYA TU PUN SAMA PARASIT JUGAK?  Sebab depa amik khidmat/jasa orang miskin sebagai pekerja tetapi depa tak hargai depa ni sebagai manusia.  Sebagai manusia,  bukan gaji dan material sahaja dijadikan ganjaran atas tugas yang dilaksanakan, tetapi rasa hormat dan menyantuni perasaan nilai insani dan kemanusiaan juga adalah kewajipan.  So bagi aku,  dua dua keluarga dalam rumah ni adalah PARASIT.


2 comments:

  1. crta nie mmg syok gila, hihih almaklum la suka tgk korea, tp mmg syok cta nie. xyang x thn tu, lipat kotak pun x bersungguh.. hahahha

    ReplyDelete
  2. jumie...mana nak tengok? netflix ada ka???

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE