2.12.19

Review Gegar Vaganza 6 Minggu ke 8



Hello u olls,  takutnya nak buat review pasai artis atau apa-apa lagi yang tengah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.  Takut apa?  Takut kena saman.  Kita tulis benda betul pun salah,  kita bagi pengajaran dan panduan.  Ulasan berdasarkan kerajinan aku mencari fakta dan berbandingan usul,  itu pun tak boleh.  Semua nak sakit jubs dan semua ugut nak saman.  Aku stop menulis review kes-kes sosial ni lebih kurang 1 tahun dah,  aku rasa sekarang buleh start balik.  Tapi aku nak bubuh disclaimer siap-siap kat bawah blog aku. 

"Sila ambil perhatian bahawa blog ini adalah sebuah blog peribadi. Sehubungan itu, sebarang penulisan ulasan dan penceritaan adalah semata-mata untuk tujuan hiburan.  Sebarang pendapat adalah luahan saya sendiri yang subjektif dan tidak semestinya tepat dan benar. Walau bagaimanapun, saya akan membuat kajian sebanyak mungkin untuk setiap informasi yang diperlukan."

Tapi takpalah,  kita buka tirai baru.  Orang nak seronok-seronok,  mesti ada punya segelintir yang busuk-busuk hati sebab depa sendiri tak tau nak cari keseronokan hidup macam mana.  So here goes,  review pertama aku pasai artis nahai ni semua untuk tahun 2019 dan tahun-tahun seterusnya.

Aku tak berapa sangat ikuti Gegar Vaganza (GV) dari awal sebab aku tau,  kot awai-awai semua duk nyanyi yang ceroi punya.  So aku tunggu yang hujung baru aku start tengok.  Untuk orang takdak Astro dan takdak TV kat rumah macam aku,  beruntung sebab siaran GV sekarang disediakan melalui tayangan Youtube.  Bagus Astro,  langkah digital yang berani.

So next,  jom kita buat review ringkas tentang persembahan para peserta untuk Gegar Vaganza 2019 minggu ke 8 bertemakan RE-SET!



Wajah Rahsia Hati - Wann
Untuk para vocalist,  sebenarnya lagu ini tidak tinggi dan susah ya.  Sangat senang dan santai.    Tapi sedih la Kak Wann tak boleh nak sempurnakan lagu ini.  Tone suara dia memang unik. Serak-serak sengau,  dalam sejuta,  mungkin dia sorang dapat suara unik macam ni.  Tapi sayang lah dah masuk minggu ke 8 tapi Kak Wann masih lagi tak dapat kawal dia punya suara especially bahagian piching.  Percubaan untuk buat pap pap jazz tu sangatlah tak menjadi.  Aku jugak rimaih sebab Kak Wann masih lagi menggunakan diksyen ala-ala sleng ni.  Contohnya huruf T, dia punya 't' tu ala-ala orang putih sebut "Terima Kasih".  Bagi saya,  pergerakan tarian Kak Wann jugak membuatkan stamina beliau masa menyanyi sedikit terkacau.


Sham Visa - Separuh Aku
Ini ka Tony Stark yang ampa semua agung-agunkan?  Dia punya low register sangatlah tak stabil.  Lagu ni pun sangatlah rendah tapi still nyanyi tah apa-apa.  Harap dia hemsem sahaja.  Dia pun sama macam Kak Wann,  huruf L,  R,  C over over sebut macam orang putih.  Aku rasa dia nyanyi macam tak bersungguh-sungguh pun.  Macam nyanyi santai-santai sebab dapat microphone kat rumah kahwin sahaja,  lepas gian bila tetamu semua beransur balik.  Sorry para peminat Sham Visa sekalian.  Nyanyian dia hanyalah biasa. 


Roy -  Seniman Menangis
Suara deni memang KELAS! Ada maruah dan standard tersendiri.  Vokal yang mahal.  Low register,  vibrator.  TEPAT.  Tak over over.  Sederhana tapi steady.  Aku suka.  Tapi pasaipa Roy dikeluarkan?  Awat ampa tak vote dia?  Memang tepat la lagu dia minggu ni Seniman Menangis.  Menangis Abang Roy di sebelah penapis udara Cuckoo.

Make up on point by Jibs Salim Make Up @jibsalimthemua

Nur Fatimah - Cobalah untuk Setia
Lipstick dia pakai elok!!!! Bijik remia terang macam mana ka?  Aku duk syiok tengok liptstick dia ja.  Nyanyian beliau clean dan tenang (pada permulaan).  Susunan muzik ini lebih perlahan (tempo) daripada susunan asal,  so senang sikit untuk nyanyi.  Dan kalau tak salah aku,  key pun direndahkan sikit.  Tapi still kat bahagian tinggi,  banyak part nyanyian dia flat u olls.  Sorry.  Untuk pendengar biasa untuk hangpa,  mesti hangpa dengar dia nyanyi perfect.  Untuk telinga I olls,  sedap tapi tak perfect.  (Pastu.....apa yang Bunda Hetty cakap memang betui sama aku rasa).


Noor Shila Aman.  Always flawless make up work by Razzi Musa!

Noor Shila Amin - Samar Bayangan
Kawan I olls make up dia...weeee...Tahniah Razzi Musa.  By the way lagu ini amatlah susah nak mampuih nak nyanyi aku tau sebab aku selalu nyanyi lagu ni kalau pi karaoke.  Aku dari kecik-kecik memang peminat Noor Shila Amin,  beliau adalah juara Bintang RTM dulu-dulu popular dengan lagu yang dia akan nyanyi minggu depan macam arab padang pasir gitu.  Suara beliau masih tip top berbanding vocalist wanita dalam pertandingan ini (yang aku dah dengar setakat ini).  Arrangement lagu ini setia dengan gubahan asal,  tapi aku rasa macam tempo dia slow sikit ja.  Nyanyian Noor Shila adalah meletops dengan lenggok improvisation sendiri,  cuma of course kat part yang tinggi sahaja ada la terpecah sikit sebab beliau memang suara serak.  Tapi masih boleh dimaafkan.


Hady Mirza - Malaikat
Suara dia sedap.  Muka dia comel,  patutlah Marni gila bayang kat dia.  Siries suara dia simple,  sedap.  Walaupun dia menari semua.  Tapi stamina meletops.  Tak semput.  Aku suka nyanyian dia.  Steady.  Persembahan yang baik. 

Naqiu Boboy,  Gegar Vaganza Minggu ke 8

Naqiu Boboy - Percayalah
Suara dia jantan,  tapi steady.  Aku respek dia boleh jantan lagu Dato Seri Siti Nurhaliza.  Patutlah dia ramai peminat.  Aku sokong pasaipa orang sokong dia.  Bila dia jerit part "Kasih mu laaa...ma tersulam."  Siries mantap.  Nothing much to say about him.  He is a good vocalist.  Sampai Bunda Hetty pun berdiri.  Kau nak kata apa lagi?


Jatt - Sejuta Wajah
Deni pun tone suara sangatlah unik! Dia pun macam Wann,  dalam sejuta,  sorang ja suara macam ni.    Nyanyian dia simple,  tak merepek-repek buat gaya tambahan tak perlu.  Aku suka. Nothing much to say,  memang setuju beliau maju ke minggu depan.  Sebab dapat hayati tone suara dia yang sedap. Yes,  macam Nabil kata,  seketol-seketol dia nyanyi.


One Nation Emcee - Anak
Lagu Anak adalah lagu yang berhantu! Aku suka lagu ni.  Tapi persembahan depa ni,  macam okay lah takdakla best mana pun.  One Nation Emcee ni dia amik style Black Eyed Peas ya u olls.  Tapi kat rap dalam lagu Anak ni,  first verse rap tu macam tak berapa yakin,  second verse rap baru best.  Suara Mimi memang power,  mendayu tapi tidak digunakan sepenuhnya dalam persembahan ini.  Depa maju ke pertandingan minggu hadapan.  Layak.

Its okay Abang Roy,  aku pasti kau akan terus dapat banyak job nyanyi lepas ni.  Walaupun tak menang di sini.

Untuk cabaran minggu ke 9, semua dapat maju ke depan kecuali Roy.  Pilihan pemenang adalah berdasarkan pilihan juri (aku baru tau).  Tapi bagi aku lah,  Astro ada masuk campur jugak bab-bab pemenang ni.  Sebab depa tengok rating,  sah-sah Sham Visa lebih menjadi kegilaan kakak-kakak kerja kerajaan sekalian berbanding Roy penyanyi lagu kebangsaan.  Sebab kalau aku diberi pilihan,  aku akan keluarkan Wann dan Sham Visa dua dua sekali gus.  Kita tunggu review minggu depan pulak.


#GV6 #GegarVaganzaMusim6 #gegarvaganza6 #NaqiuBoboy

1 comment:

  1. Sebab tu dia rset kak. minggu lepas wann ngan sham visa tak lepas masuk final. so astro reset balik. saya minat kat roy masa minggu berapa tak igt lima rasanya dia nyanyi lagi Queen 'crazy little things call love'. terus hook minat kat dia sebab dia perfect gila bawak lagu ni!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE