31.1.20

Berkelah di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling Kedah

Hangpa jangan duk tiru aksi ni bekas model ja boleh buat.

Dah lama aku teringin nak makan berkelah atas sungai macam mana duk viral dalam internet tu.  Aku kan tak boleh tengok orang lain buat mesti aku nak buat jugak.  Bak kata laki aku,  aku ni cepat dapat pengaruh media.  HAHAHA bekpila......so kat utara ni ada banyak pilihan untuk alami pengalaman berkelah makan-makan ala kampung di atas sungai.  Kat area Perak dan Kedah ada banyak pilihan.  tapi thanks to my friend Ridhwan Shariff seorang blogger yang semakin aktif dan membuatkan aku bara sebab dia hari hari update cerita,  dia telah arrange satu trip percutian ke Dusun Tok Wak Desa di Baling,  Kedah.

Actually group kami besaq,  lebih kurang 18 orang.  Tapi kami lapan orang iaitu aku,  Nizal,  Shada,  Wawa,  Adik,  Mell dan anak menakan dia dua orang hanya akan join day trip.  Manakala yang lain,  depa stay dua malam kat sana.  So aktiviti depa lagi banyak la,  selain berkelah dengan kami kat atas sungai menikmati juadah kampung,  depa juga pi tengok ladang kopi,  pi sedut madu kelulut,  mandi kolam air panas kat Ulu Legong,  Baling.


Masa nak pi tudung elok semua.  Time baling tudung semua hilang ke mana (aku kata kat aku laaaa...)


Lima buah peti ais naik Bezza.  Cukup okay!  Dua peti ais industri duduk depan.  Kot belakang ada peti ais rumah dua bijik (yang boleh bok keluar ais kot pintu) dan mini bar hotel.

So aku cerita yang aku punya pengalaman la noh.  Kami lima orang satu kereta.  Pukul 8:00 am kami gerak dari Penang menuju Baling.  Tapi aku simpang masuk Bukit Mertajam,  pusing masuk celah Mengkuang Dam dan berhenti makan breakfast dengan satu gerai pakcik ni kat celah mana ka.  Kami pun makan la nasi lemak dengan nescafe o apa semua sikit.  Nizal tak makan,  dia kata bukan selera dia.  Susah la bawak anak-anak mami ni tak boleh bercampur.....macam mana la nak pi Morocco.  Satgi tengok depa duk makan buah zaiton jeruk dengan salad bitrut hang tak leh telan apa.  Kuruih 15kg balik Malaysia.

By 9:30 am macam tu kami teruskan perjalanan maju ke Baling.  Mengikut tanda arah Google Maps,  kami masuk simpang K15 (Kampung Bukit Tok Kaya) dan jalan ini sebenarnya lebih senang sebab tak lalu hiruk pikuk pekan Baling.  Kami melintasi kampung legendary iaitu Kampung Siong,  kat sini ada tugu gigi siung sebagai pintu masuk kawasan.  Hahahah.  Hangpa boleh tengok video aku bubuh kat Youtube aku.



Nahariam la Jumizah duk buat ramai kat kampung orang dah...........................



29.1.20

Kupasan Episod Syariah Meja Bulat (2020) | Pasangan Sakit Mental



Pertama sekali saya nak ucapkan syabas kepada TV3 kerana menerbitkan satu rancangan bual bicara yang sangat bagus bertajuk Syariah Meja Bulat yang banyak mengupas isu-isu semasa aspek kemasyarakatan (sosial) yang disampaikan secara santai,  tetapi dikupas secara mendalam dengan objektif membuatkan masyarakat lebih memahami.  


Dan TAHNIAH BERIBU RIBU TAHNIAH sebab di era digital ini,  TV3 dah siarkan kandungan mereka dalam Youtube dan Facebook untuk tontonan orang ramai.  Sebab SAPA LANI YANG TENGOK TV?? Orang lebih banyak luangkan masa kepada saluran digital internet.  Inilah langkah yang amat baik untuk TV3 untuk kekal relevan.


Terima kasih nak ucapkan kepada Miss Fiqah Noor yang panjangkan show ini kepada saya sebaik sahaja disiarkan.  "Nok..nok...hang kena tengok episod Syariah Meja Bulat semalam...pasai pasangan yang mempunyai mental disorder."  Cepat-cepat mak cari dari Youtube dan tonton berkali-kali sambil buat kerja di office.  


Dari pendengaran yang aku buat melalui earphone,  sambil menaip surat dan mengatur rencana diari boss,  aku ulang berkali-kali rancangan ini untuk dapatkan intipati terbaik dalam isu yang dikupaskan untuk episod kali ini iaitu tentang pasangan yang mempunyai sakit mental.

Satay Ah Basri vs Satay Mama Mieda (Satay Buffet Penang)



Takdak sapa pun suruh aku buat review comparison macam ni,  aku sendiri nak buat.  HAHAH punya pasai la.  Aku bukan pengkritik makanan tau,  aku adalah pencinta makanan.  Kawan aku Shad cukup bara sebab dia kata,  "Semua benda sedap kat mulut aku..."  Masalahlah dia punya mulut taste style hebat dahsyat,  so benda yang sedap tak sampai kat dia punya halwa kesedapan.  Apa la susun kata aku pakai ni.  Tapi siriesly,  aku pencinta makanan.  I love food.  So review aku selalu positif,  kalau aku bubuh kat Facebook dan blog ni...hangpa percayalah makanan tu memang sedap dan berbaloi untuk duit.  Kalau aku setakat bubuh gambar dan tak tulis apa-apa personal input....FAHAM FAHAM LA YA......

So aku terpanggil nak buat review secara comparison ni sebab kedua-dua kedai satay ni iaitu Satay Ah Basri dan Satay Mama Mieda Satay meniaga dekat-dekat.  Buiding yang sama,  satu kedai mengadap selatan,  satu kedai mengadap timur.  Gitu! Tapi memang sekentut dekatnya boleh berbau dan berbunyi. 

Aku dah pi try dua-dua kedai,  dan dua-dua kedai aku dah pi try dua kali.  So ini adalah review ikhlas aku dan aku harap kepada pencinta makanan di luar sana,  boleh mai try DUA DUA KEDAI SEKALI.

22.1.20

Senarai Penuh Finalis AJL 34

Gambar ni aku curi dari Astro Gempak.

Hello u olls!

Tak lama lagi akan berlangsunglah satu malam anugerah muzik tanah air yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 34.  Ikut umur I olls....yeehooo.  AJL tahun ini akan berlangsung pada 9 Februari 2020 (Ahad) dan macam biasa tahun ni aku tengok kot TV la.  Tak sabaq nak tengok persembahan para penyanyi malam tu,  kezutan-kezutan,  fesyen dan jugak celoteh pengacara.  

Macam biasa aku akan review untuk ampa semua sebaik mungkin tak akan missed!  Hangpa tunggu tau nanti aku post kat blog ni.  

By the way......jom tengok video-video lagu yang akan dipertandingkan pada malam AJL 34 nanti.  Prediction aku di bawah!

Hot Roast Lunch and Dinner Buffet at The Glasshouse @ The Prestige Hotel Penang

#nopaddingneeded

Hello semua maknusia maya yang aku sayangi. Sorry u olls,  sejak raya Krismes sampai masuk 20 Januari 2020 mak busy macam taik.  Dengan laki sakit,  bapak sakit, mak aku pun sakit,  pastu proses dapat kunci rumah baru (nanti aku story na...).  Aku dapat banyak jemputan jugak untuk review makan kat hotel-hotel sekitar Penang for CNY apa bagai tapi aku tolak tak boleh pi sebab aku busy teruk.  Takpalah takdak rezeki.  So untuk memulakan sesi qada penulisan blog aku,  aku akan mulakan dengan mengreview satu resto yang terletak di sebuah hotel yang meletops di Penang.


Curi amik gambaq Adda time dia duk buat kerja.

6.1.20

The Messiah



Nah! Semua orang duk cakap pasai siri terbaharu dalam Netflix bertajuk Messiah.  Mengisahkan tentang seorang lelaki yang dikatakan mempunyai pelbagai keajaiban sehingga ramai manusia percaya bahawa dia adalah Nabi Isa yang kembali ke bumi untuk menyelamatkan umat manusia seperti mana disebut dalam Al Quran dan dalam Bible sebagai Messiah.  Satu demi satu perbuatan lelaki ini menjadi tular dan menyebabkan CIA membuat siasatan dan sama ada lelaki ini betul-betul kembalinya Nabi Isa A.S ataupun semata-mata manusia biasa yang pandai bermanipulasi dalam canda delusilasi kesihatan mentalnya.

Nah! Inilah summary paling ringkas yang aku boleh berikan kepada hangpa semua.  Review ini tidak akan memiliki spoiler sebab aku betul-betul nak hangpa pi tengok sendiri drana bersiri ini.

Lepas aku tengok dua episod pertama drama Messiah musim pertama yang mempunyai 10 episod,  aku teruih excited dan pi cari info pasai hari kiamat.  Hangpa boleh cari dalam Youtube ada banyak ceramah agama yang disampaikan oleh ugamawan tentang kejadian hari kiamat menurut Al Quran dan hadith.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE