29.1.20

Kupasan Episod Syariah Meja Bulat (2020) | Pasangan Sakit Mental



Pertama sekali saya nak ucapkan syabas kepada TV3 kerana menerbitkan satu rancangan bual bicara yang sangat bagus bertajuk Syariah Meja Bulat yang banyak mengupas isu-isu semasa aspek kemasyarakatan (sosial) yang disampaikan secara santai,  tetapi dikupas secara mendalam dengan objektif membuatkan masyarakat lebih memahami.  


Dan TAHNIAH BERIBU RIBU TAHNIAH sebab di era digital ini,  TV3 dah siarkan kandungan mereka dalam Youtube dan Facebook untuk tontonan orang ramai.  Sebab SAPA LANI YANG TENGOK TV?? Orang lebih banyak luangkan masa kepada saluran digital internet.  Inilah langkah yang amat baik untuk TV3 untuk kekal relevan.


Terima kasih nak ucapkan kepada Miss Fiqah Noor yang panjangkan show ini kepada saya sebaik sahaja disiarkan.  "Nok..nok...hang kena tengok episod Syariah Meja Bulat semalam...pasai pasangan yang mempunyai mental disorder."  Cepat-cepat mak cari dari Youtube dan tonton berkali-kali sambil buat kerja di office.  


Dari pendengaran yang aku buat melalui earphone,  sambil menaip surat dan mengatur rencana diari boss,  aku ulang berkali-kali rancangan ini untuk dapatkan intipati terbaik dalam isu yang dikupaskan untuk episod kali ini iaitu tentang pasangan yang mempunyai sakit mental.



Dalam episod ini,  Ally Iskandar mulanya mewawancara seorang peguam syariah dan bertanya dari aspek undang-undang agama Islam bagaimana isu-isu masalah mental ini diaturkan sebaiknya dalam menjaga kebajikan kedua-dua belah pihak suami dan isteri.  Juga disebut tentang hak undang-undang syariah dan hukum dalam soal perkahwinan dan penceraian dalam isu mental health ini.  Soalan-soalan ini digarapkan daripada para netizen yang mengomen di ruangan page FB sehari sebelum isu ini dikupas.  ps/  peguam ni hemsem dan pandai tengok camera...mak terkesima u olls seperti dia melihat terus ke hati mak..cia cia cia


Next,  Ally Iskandar wawancara dua orang pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Faris dan Jehaada yang kedua-dua mereka bertemu jodoh dalam ruangan media sosial setelah sama-sama meluahkan perasaan mereka yang berjuang dalam sakit mental disoder ni.  Faris macam aku,  dia bipolar disorder di mana dia struggle dengan kecelaruan mood.  Manakala Jehaada pula seorang yang didiagnose sebagai penghidap depression (kemurungan).  


Nampak depa macam happy dan normal couple.  Tapi apa yang depa tanggung selama ni,  hanya Allah yang tahu.  Aku bersyukur sebab depa dua dipertemukan untuk sama-sama menguatkan diri depa berdua.  Bukan itu sahaja,  malah kedua-dua keluarga depa menerima keadaan kesihatan mereka dan sama-sama memberikan sokongan.  Ibu kepada Jehaada juga muncul di kaca TV untuk ditemubual dan menerangkan kesediaan dirinya untuk menerima seorang menantu yang mempunyai cabaran mental yang berbeza.  Aku doakan agar seluruh keluarga ini diberikan keberkatan dunia dan akhirat sebab kesabaran dan keredhaan mereka,  patut dicontohi oleh kita semua.  Tak kisahlah apa agama kita juga,  tetapi sakit mental adalah perkara yang betul-betul membebankan dan sukar diterangkan dengan gambarajah dan kata-kata.  Hangpa tengoklah wawancara ini dan lain-lain juga,  mungkin tak kena kat diri sendiri hari ini,  jadi kat anak cucu esok lusa sapa nak tau?


Aku jugak nak tabik spring kat Faris apabila ditanya tentang soal anak dan zuriat,  dia jawab dengan firm bahawa mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak mahu menerima cahaya mata itu sebagai satu takdir dan anugerah Allah semata-mata sedangkan mereka berdua tahu tentang keadaan masing-masing.  Walaupun,  Faris tak menjawab secara direct bahawa dia dan isteri masih tak bersedia untuk menimang cahaya mata kerana kedua-dua mereka sedar tentang keadaan mental kedua-dua mereka,  tapi aku tau apa depa rasa!  Sebab itu jugalah yang aku rasa saban hari,  aku kata kat laki aku.  "Macam mana kalau aku mengandung satu hari nanti?  (sebab kami tak pernah merancang keluarga...cuma kami belum dapat rezeki anak)...Aku takut kalau aku jadi gila masa dalam tempoh menjaga anak...nak jaga anak bukan senang bang..."  Tapi suami aku (yang takdak masalah kesihatan mental) selalu bagi semangat,  "Kita jangan pikiaq bab tu lagi.  Allah tu maha adil.  Dia lagi tahu bila kita betul-betul bersedia."



Next,  Syariah Meja Bulat juga bercakap tentang komuniti MENTARI yang dibangunkan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya yang mengumpulkan para pesakit mental disorder seperti bipolar,  schizophrenia dan lain-lain dan membantu mereka untuk diserapkan dalam bidang kerjaya yang bersesuaian.  Ini adalah satu usaha kementerian kesihatan Malaysia yang harus dipuji sebab kalau hangpa nak tau,  kat US banyak gelandangan (yang tak kerja dan takdak duit dan hilang rumah) sebab depa ni masalah mental disorder.  Takdak sapa tolong depa,  bila depa hilang kefungsian tak boleh kerja apa semua,  depa end up kena buang kerja ataupun lari macam tu ja dan hiduplah di jalanan.  Dahla kat US tu,  depa takdak program kesihatan macam kat negara kita tau.  Sapa yang nak dapatkan rawatan hospital,  kena beli INSURANCE yang mahal macam orang-orang kaya kat Malaysia duk beli insurance sakit ratus-ratus sebulan tu. Bila sakit bolehlah masuk hospital swasta.  Tapi kalau rakyat marhain macam aku yang tak beli insurans,  aku masih lagi boleh masuk hospital dengan kadar RM5 sekali rawatan!  Dan hospital kerajaan Malaysia bukan kaleng-kaleng weh....


Dan bercakap bab kerja,  Faris pun ada bercakap juga pengalaman dia di tempat kerja baharu.  Di mana dia kata,  tempat kerja dia ni tahu yang dia ada bipolar disorder.  So majikan dia sangat open dengan masalah ini dan selalu nasihat dan bagi dorongan untuk dia jaga kesihatan dia.  Aku rasa PENERIMAAN majikan adalah sangat penting dalam memastikan keyakinan diri seorang pesakit mental menjadi lebih kuat.  

Inilah yang aku rasa bila aku pindah mai duduk office baru... (puji sikit boss baru....hahahah).  Sebab dia pun,  pagi-pagi mai kerja terus sembang dengan aku dan kata "Kak Jumie,  kalau tak larat habaq kami jangan duk push sorang-sorang buat kerja.  Semalam Kak Jumie tengok tak Syariah Meja Bulat kat TV3?"  Aku kata..."Ya Ustaz...saya tengok.  Majikan Faris tu baguih terima dia.  Sebab tu dia jadi lagi semangat nak baik.  Samala apa saya rasa bila pindah mai sini...."  HAHAHAH gelak besaq boss aku.  Macam tak berapa menjadi bodek aku demi segelas mango shake.


So last but not least,  sekali lagi tahniah TV3 dan penerbit Syariah Meja Bulat (2020) atas kupasan yang amat baik ini.  Luas kupasannya dan tidak bersifat semata-mata nak tumpang glamer pada isu yang sedang trending sekarang.


Mental health is real.  Aku doakan tahun 2020,  untuk kita yang didiagnos dengan mental disorder menjadi lebih kuat dan dijauhkan dari segala mala petaka yang tidak diinginkan.  Moga dimudahkan segala urusan kita semua,  di dunia dan akhirat.




Read more:  MENTARI bantu peluang pesakit mental jalani kehidupan, bekerja
Check out:  FB Syariah Meja Bulat

#syariahmejabulat #mentalhealth #kesihatanmental #kesihatanmentalmalaysia #bipolardisordermalaysia

2 comments:

  1. Moga kita semua akan lebih diberkati dan dipermudahkan urusan di tahun 2020 dan seterusnya, AMINNN

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE