22.1.20

Senarai Penuh Finalis AJL 34

Gambar ni aku curi dari Astro Gempak.

Hello u olls!

Tak lama lagi akan berlangsunglah satu malam anugerah muzik tanah air yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 34.  Ikut umur I olls....yeehooo.  AJL tahun ini akan berlangsung pada 9 Februari 2020 (Ahad) dan macam biasa tahun ni aku tengok kot TV la.  Tak sabaq nak tengok persembahan para penyanyi malam tu,  kezutan-kezutan,  fesyen dan jugak celoteh pengacara.  

Macam biasa aku akan review untuk ampa semua sebaik mungkin tak akan missed!  Hangpa tunggu tau nanti aku post kat blog ni.  

By the way......jom tengok video-video lagu yang akan dipertandingkan pada malam AJL 34 nanti.  Prediction aku di bawah!





1. Drama
Video klip lagu ni keluaq masa baru-baru habis kontrobersi Dewi Remaja pi clubbing mabuk-mabuk air cinta tu semua.  HAHAHA.  Lagu ni sama ja macam lagu-lagu Meet Uncle Hussain,  tapi ada la part yang menarik iaitu part bridge dia "tralalalalalalala kau memang drama".  Menang atau tidak?  Tak tau la...tapi lagu ni bagi I sedap didengar menghiburkan tapi nothing new.

Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib



2. Ku Bersuara
CONFIRMLAH POMPUAN NI MENANG ANUGERAH VOKAL TERBAIK.  Aku tak sabaq jugak nak tengok baju apa dia pakai.  Please la pakai ala-ala pompuan black American macam mana ka duk keriau ala-ala R&B gitu.  Aku kagum perempuan kecik anak menakan Ziana Zain ni memang pandai bergaya.  Please jangan over-over nya menyanyi macam Siti Sarah ton lepas punya nak bagi sedap lagu dia sampai jadi tak sedap langsung.  Sayang.  Dari segi lagu,  okay la lagu ni aku suka.

Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham


Original by Siti Liza


Covered by Bob Yusof

3. Anta Permana
Ini anta favorite song mak!  Bukan nak bias ka apa ka sebab sejak lagu ini keluar oleh Dato' Siti Liza,  memang terlekat langsung kat telinga dan hati.  Itu adalah tanda lagu yang hebat.  Untuk persembahan AJL sudah tentu Dato' Siti Liza tak akan menyanyi sebab dia dah level-level biduanita negara.  Mana boleh bertanding u olls.  Dia mewakilkan Bob Yusof a.k.a Bob AF sebagai penyanyi pengganti.  Nohorom pondan ni nyanyi pakai high key ...aku rasa maybe turun satu key sahaja daripada yang Dato' Siti punya original key.  Beliau seorang vokalis yang hebat tau Bob ni walaupun dia tak popular di corong radio dan kaca TV...tapi aku yakin pondan ni dapat banyak job untuk show show event dinner korporat.  Aku doakan, Bob buat yang terbaik.

Penyanyi: Bob Yusof  (menggantikan Dato' Seri Siti Nurhaliza)
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong


4. Sumpah
Pertama kali akan bertanding dalam AJL,  aku tak kenai sapa pompuan bertudung ni.  Suara low register yang agak strong ya.  Siries!  Meremang bulu roma aku dengar dia punya low register.  Aku terkesima apabila mendengar lagu ini (masa aku review ni....aku first time dengar lagu ni).  Kepada pendatang baru di pentas AJL,  aku nak pesan kat Aina,  please jangan duk pakai baju bodo-bodo membuatkan orang tak fokus kat nyanyian hang,  sebab suara hang ni sedap ni.  Kalah Wany Hasrita semua.  Ernie...hang pun kena watch out ya,  hang ada pencabar.

Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul


5. Lembah Kesepian
Deni ada lagi ton ni.....yeaaaaahhhh...mental health problem.  HAHAHAH.  Lagu dia tak dinafikan berjiwa.  Haqiem Rusli ...buang dia punya sifat tak mau buang spek mata dan feeling-feeling handsome.....DIA MEMANG BERBAKAT BUAT LAGU DAN MEMPUNYAI SUARA YANG SEDAP.  Haqiem....sila kuatkan semangat dan buat yang terbaik.  Hang mempunyai bakat yang sangat besaq,  kuatkan keyakinan diri.

Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Untuk AJL tahun ini ada dua lagu yang mempunyai tajuk yang sama iaitu SUMPAH!  Sumpah pertama adalah dari Naim Daniel,  ni semua geng geng penyanyi insta famous ni.  Haram aku tak kenai semua.  Suara sedap...lagu sedap.  Tapi bagi aku tak boleh sampai ke tahap boleh menang tempat la.   Apa pun,  aku ucapkan tahniah.  Kat penyanyi baharu yang first time nak naik pentas AJL,  sama jugak dengan penyanyi pompuan Aina Abdul tu....JANGAN DUK PAKAI MERAPU-RAPU NA.....be creative.  Kaji sikit apa hang nak buat dalam persembahan hang.

Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel


7. Peneman
First time dengar lagu ni..............nothing to say.  Biasa ja.  Tapi suara Hazama memang sedap.  Okay bye jangan marah aku.  Aku ikhlas.
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam



Bengong punya uploader,  ubah la setting bagi orang boleh tengok kat embedded post.  Tambah jugak review hang.  Okay hangpa nak dengar lagu ni,  sila klik sini:  Kugiran Masdo - DINDA (Muzik Video Rasmi)

8. Dinda
Wow....starting macam pop ye ye macam mana ka.  Tak sangka adik-adik millenial zaman lani pandai layan irama macam ni.  Lagu ni sangat mudah dan senang di dengar.  Tapi walaupun simple,  lagu ni ada susunan vokal dan arrangement muzik yang agak susah.  Ada potensi untuk menang.

Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah


9. Bangun
Steady abang Botak!!! Aku suka/taste teruk kat deni....barua alam betui la.  Pastu adik aku pi skendel dengan satu laki ala-ala botak macam ni jugak aku teruih pangkah Aman Ra sebab aku takut nanti adik aku kata aku taste kat boffren dia jugak.  Blahhh buang!!!!  Aku ada jugak habaq kat laki aku,  aku taste kat Aman Ra....laki aku gelak hahah dia kata "Dulu kat KL...kami pukul budak budak muka macam ni."  HAHAHAH blah la Khafi cakap besaq!!!!  Okay cakap pasai muzik Aman Ra pulak.  Lagu dia banyak yang jenis underground tak boleh masuk mainstream sebab lirik yang explicit.  Hip hop memang kena macam tu...nature dia.  Tapi tak semestinya semua muzik hip hop ni adalah negatif.  Contoh lagu BANGUN (budak flat) yag memberikan jiwa semangat kepada anak-anak kota yang membesar di kejiranan rumah flat kerajaan yang rata-rata dibelenggu kemiskinan urban,  dadah dan gangsterisme.  Mesej dalam lagu ni mendalam,  susunan music yang terkini dan rancak sesiapa sahaja boleh terhibur.  Aku harap lagu ni menang.
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA


10. Kisah Cinta Kita
Waahhh Hafiz Awan Nano kembali....lama tak dengar lagu baru dia lepas kawen terus sengap sunyi.  Tak sabar nak dengar persembahan Hafiz Suip di pentas AJL yang confirm bunyi sebijik macam recording di studio.  KAN!!! Deni suara perfect nohorom.  Kalau pakcik-pakcik Boomer dengar nyanyian Hafiz Suip yang perfect ni depa mesti akan kata "Suara dia sebijik sama macam dalam kaset."  Melodi lagu ni sangat simple.  Pencabar Ernie untuk vokal terbaik.

Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida


Original by Faizal Tahir

Covered by Fairuz Misran (a.k.a P. Ramlee Look-alike)

11. Ragaman
MY FAVORITE SONG ALSO FOR 2019!!! Lagu yang sangat catchy,  bayangkan lirik macam lawak tapi melodi macam jazz jazz dan cara nyanyian yang sangat deep.  Inilah kekuatan lagu ni.  Kreativiti.  Untuk persembahan akhir AJL,  Faizal Tahir menggantikan vokalnya dengan Fairuz Misran,  seorang cameo P Ramlee yang terkenal sejak akhir-akhir ni.  Of course dia bawak kelainan tersendiri dalam persembahan nanti.  Aku cuma agak takut sebab Fairuz Misran tak pernah nyanyi untuk pertandingan besar macam ni,  selalu dia perform untuk show sahaja.  Inilah perjudian yang kita kena tunggu di pentas akhir AJL 34.

Penyanyi: Fairuz Misran  (menggantikan Faizal Tahir)
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan


12. Rampas
Deni awat pelan tua pelan elokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Terganggu lah tengok video klip dia.  Aku suka lagu ni,  dia feeling-feeling Maroon 5 macam mana ka.  Satu pencabar yang hebat jugak untuk pentas AJL 34.

Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik

RAMALAN KEPUTUSAN AJL 34
Hello gais,  so aku dah dengar semua lagu-lagu dalam senarai finalis AJL 34 ni.  Ini adalah ramalan pemenang,  berdasarkan hemah aku sebagai peminat AJL sejak lebih dari 1 dekad.  Adakah ramalan aku tahun ini akan mengena?

Persembahan Terbaik:  Kena tengok semua orang punya show baru boleh habaq.
Vokal Terbaik:  Ernie,  Aina Abdul ataupun Hafiz Suip.  Aku tak tau nak pilih mana.  Malam tu baru aku akan tweet.

Tempat ketiga:  Rampas by Akim The Majistret
Tempat kedua: Anta Parmana by Bob Yusof (Kalau Dato' Siti Liza yang nyanyi confirm nombor 1,  sebab dia punya aura ....masya Allah)
Tempat pertama:  Ragaman by Fairus Misran /  Bangun by Aman Ra

Jom kita pusing dengar playlist AJL34 kat sini:  Playlist Finalis AJL 34

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE