6.1.20

The Messiah



Nah! Semua orang duk cakap pasai siri terbaharu dalam Netflix bertajuk Messiah.  Mengisahkan tentang seorang lelaki yang dikatakan mempunyai pelbagai keajaiban sehingga ramai manusia percaya bahawa dia adalah Nabi Isa yang kembali ke bumi untuk menyelamatkan umat manusia seperti mana disebut dalam Al Quran dan dalam Bible sebagai Messiah.  Satu demi satu perbuatan lelaki ini menjadi tular dan menyebabkan CIA membuat siasatan dan sama ada lelaki ini betul-betul kembalinya Nabi Isa A.S ataupun semata-mata manusia biasa yang pandai bermanipulasi dalam canda delusilasi kesihatan mentalnya.

Nah! Inilah summary paling ringkas yang aku boleh berikan kepada hangpa semua.  Review ini tidak akan memiliki spoiler sebab aku betul-betul nak hangpa pi tengok sendiri drana bersiri ini.

Lepas aku tengok dua episod pertama drama Messiah musim pertama yang mempunyai 10 episod,  aku teruih excited dan pi cari info pasai hari kiamat.  Hangpa boleh cari dalam Youtube ada banyak ceramah agama yang disampaikan oleh ugamawan tentang kejadian hari kiamat menurut Al Quran dan hadith.  


Wah!  Tiba-tiba minggu ini aku jadi warak sebab doplohpatjam kat office pun duk dengar ceramah agama pasai hari kiamat.  Bahas-bahas tentang imam Mahadi dan Nabi Isa A.S dan bagaimana mereka membinasakan Dajjal.  

Yang mengelirukan aku adalah,  drama bersiri Messiah langsung menjurumuskan semua kisah-kisah Imam Mahadi,  Nabi Isa A.S dan Dajjal dalam satu karektor yang di namakan Al Masih dalam drama bersiri ini.  Maka, kesimpulannya,  apa yang aku nampak adalah,  penulis asal drama bersiri ini iaitu Michael Petroni seorang lelaki orang putih dari Australia (aku tak tau deni agama apa) dia duk pi kaji semua kitab-kitab dalam Islam dan dia ambil semua fakta tu dan di-autakan menjadi satu karekter fiksyen yang sedap untuk ditonton oleh masyarakat umum.

Oleh itu, kepada hangpa semua,  aku tak halang hangpa tengok.  Tengoklah.  Ajar lah anak-anak hangpa tengok. Jangan takut.  Apa pun yang penting, kena tengok dengan hati terbuka dan simpan dalam kepala hotak yang semuanya yang ditonton ini adalah fiksyen semata-mata dan tak ada kena mengena dengan apa yang tertulis dalam Al Quran dan Hadith.  Sama macam tengok Harry Potter atau Lord of The Rings atau The Witcher atau Game of Thrones.

Sekian.  Aku bagi 9/10 sebab drama bersiri ni membuatkan aku dapat pahala banyak minggu ni sebab aku banyak dengar ceramah agama dalam YouTube. Kalau dak aku duk pakat ulang lagu Aya Nakamura sahaja tak habih-habih.


1 comment:

  1. kena cari kat youtube lah kalau ada. takda langgan netflix. hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE