19.2.20

Kelemahan Sebagai Seorang Pemarah



Malu nak buat catatan ni tapi kena tulih jugak,  sebab catatan ni adalah untuk pembelajaran dan kebaikan diri aku sendiri.  Macam hangpa semua tau,  sapa yang kenai aku personally dan yang duk follow sos med aku sejak ton 2008 ampa mesti tau aku ni PEMARAH dan GARANG nak mampuih.  Itu sebenarnya bukanlah kekuatan tetapi kelemahan.  Orang yang pemarah macam aku ni sebenarnya orang yang tidak sabar,  baru diduga sikit,  terus nak meletos. 


Aku pun tak tau la,  adakah pemarah ini yang menyebabkan aku ada Bipolar Disorder ataupun sebab aku BD yang menyebabkan aku jadi pemarah.  Aku tak pasti bab tu. 


Tapi since 2019, demi menjaga kesihatan mental aku dan aku kena pastikan kefungsian hidup aku berjalan lancar (fungsi untuk hidup, kerja,  sosial etc) aku kena belajar untuk menjadi lebih penyabar dan tidak pemarah.  Bukan senang,  tapi pelan-pelan.  Sampailah tahun ni,  2020,  kawan baik aku sorang ni tegur dia kata,  "Haa...nampak la sikit perubahan aku bab-bab mengamok marah ni semua.  Memang dah kurang banyak."  Alhamdulillah,  tak banyak,  tapi sikit pun jadi. 

11.2.20

Ulasan AJL34

Gambar ciluk dari thenews.com.my

Yo! Akhirnya berakhirlah AJL34, tak sangka ramai dalam kalangan kita semua sama mempunyai pendapat yang sama macam aku merasakan AJL kali ini agak sendu dan membohsan berbanding tahun-tahun yang lalu. Tapi tak pa, kepada yang tak bersependapat sama dengan kami,  jangan amik hati dengan pendapat ini. Semua orang ada pendapat masing-masing. Sebagai peminat AJL yang tak pernah terlepas menonton dan membuat ulasan saban tahun, aku heran pasaipa tahun ni....selewat 10:00 pm barulah aku bukak Youtube TV3 Malaysia dan tengok siaran live secara ulangan dari awal hingga akhir. 


Bila di skip setiap bebelan pengacara dan segmen selingan bersama penaja, sedar tak sedar aku dapat habiskan episod episod akhir AJL 34 bersama kalian semua yang tengok secara awal.


So pasaipa aku rasa AJL 34 kali ini agak sendu:


5.2.20

ML Studio

Yo people! Aku kan takdak TV kat rumah (geng al Arqam) so aku hari2 layan Youtube. Time bersiap pi kerja, time kat opis, time duk kemaih rumah, time basoh pinggan, time nak tidoq...time tulih blog pun pasang Youtube (bagi kecik screen pakai Youtube Vance).

Ada banyak Youtube channel yang aku follow,  aku suka jenih video yang ada information.  Cerita pasai jenayah,  sejarah,  penyiasatan,  misteri,  keluarga diraja.  Hat Youtuber duk cakap merepek,  tunjuk diri sendiri pastu review-review benda ataupun jenih buat lawak-lawak slapstik ni semua aku tak berapa minat nak tengok.  So ada satu Youtube channel ni orang Malaysia punya aku sangat suka. Hangpa mesti tau sebab dia dah masuk platform Facebook Video and IGTV juga. Yaitu ML Studio.


Pasaipa aku suka ML studio sebab video dia pendek-pendek,  setiap video dia kupas satu topik secara ringkas tapi padat. Dan pengupas isu ni pulak adalah remaja dari millenial sampailah awal 30an. Aku tak nampak pun muka tua kecuali John Bear yang suka kupas cerita hantu dan jugak sorang brother yang selalu cakap pasai isu dunia grafik design. So maksudnya, ML Studio ni tidak menampilkan seorang vlogger sahaja tetapi dia ada ramai contributor/tukang ulas dalam video video depa. Dan setiap pengulas ni pulak bagi aku memang hebat dalam bidang masing-masing.  Boleh tengok dari cara depa cakap,  boleh tau depa ni semua ada satu ketersamaan iaitu budak2 nerd,  rendah diri and sempoi,  dan objektif depa nak share ini adalah untuk share the love ...bukan nak timbulkan kontroversi.  Tu aku suka.  Ini amatlah penting dalam dunia internet yang semakin sampah lately.


Antara contributor dalam ML Studio yang aku minat/suka dan follow depa dengan agak religiously adalah

1.  #amirulmukminin88 -- Abang politik dunia
Aku suka deni akan bagi ulasan pasai politik dunia,  hubungan-hubungan antarabangsa.  Dalam loghat Perak.  Cara penyampaian dia mudah nak faham sebab dia  akan samakan dengan situasi harian (perumpaan) supaya kita lebih paham tentang pergolakan politik yang ada ni,  pasaipa sejarah dia lagu tu? Sebab 1 buah negara tu juga melambangkan 1 unit manusia juga,  lebih kurang la.  Semua ada perangai masing-masing.  Banyak isu dia kupas dan ringkaskan,  paling AKU SUKA,  baru-baru ni aku emel ke MLstudio.  Dan minta depa ulas PASAIPA NEGARA CHINA NAK SEKSA DAN HAPUSKAN PUAK URGHYUR.  Sebab kalau nak pikiaq,  orang Islam kat China tu berlambak malah jumlah orang Muslim kat China lagi besaq daripada negara-negara besaq lain.

Aku tak tau la MLstudio baca emel aku tu ka tak,  tapi aku rasa depa baca cuma depa tak balaih.  Tapi baru-baru nenjia Mr. #amirulmukminin88 telah membuat ulasan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE