11.2.20

Ulasan AJL34

Gambar ciluk dari thenews.com.my

Yo! Akhirnya berakhirlah AJL34, tak sangka ramai dalam kalangan kita semua sama mempunyai pendapat yang sama macam aku merasakan AJL kali ini agak sendu dan membohsan berbanding tahun-tahun yang lalu. Tapi tak pa, kepada yang tak bersependapat sama dengan kami,  jangan amik hati dengan pendapat ini. Semua orang ada pendapat masing-masing. Sebagai peminat AJL yang tak pernah terlepas menonton dan membuat ulasan saban tahun, aku heran pasaipa tahun ni....selewat 10:00 pm barulah aku bukak Youtube TV3 Malaysia dan tengok siaran live secara ulangan dari awal hingga akhir. 


Bila di skip setiap bebelan pengacara dan segmen selingan bersama penaja, sedar tak sedar aku dapat habiskan episod episod akhir AJL 34 bersama kalian semua yang tengok secara awal.


So pasaipa aku rasa AJL 34 kali ini agak sendu:



1. Same old same old
Corak yang sama, pengacara dan pengacaraan yang sama, segmen-segmen yang sama (pembukaan, persembahan-persembahan, segmen selingan penaja dan persembahan nostaljia/tribute sebelum keputusan). Same old same old. 


2. Persembahan semua hebat tapi.....
Persembahan semua hebat aku tak nafikan, seni visual, penataan cahaya dan 3D effek untuk kami penonton di rumah, mutu suara yang sedap (kecuali part Dato Siti Liza keluaq....tu memang sabotaj) aku yang nonton AJL 34 melalui papan skrin Samsung Note 9 dan suara corong keluar dari speaker bluetooth rasa sangat puas hati tapi aku rasa macam bohsan sebab SEMUA LAGU LAGU YANG DIPERTANDINGAN MACAM TAKDAK PERUBAHAN DAN KELAINAN. Balada, balada, balada, rock band, hip hop sikit pastu balada balik. 


Kalau inilah perkembangan muzik Malaysia untuk tahun 2020 dan mendatang ini amatlah kita semua patut risau. Sedang dunia mula berkembang dengan muzik-muzik modern yang menggabungkan R&B mellow macam yang di perjuangkan oleh Yuna di negara US of the A , suara-suara luar biasa macam Tones and I...kita kat sini masih mengagungkan kekuatan vokalis wanita dan lelaki dalam lagu-lagu yang kita dah terbiasa dengar sejak tahun 2010 dan sebelumnnya.


Aku rasa tahun lepas dah menarik dah bila Ezra Kong dan Hael membawakan muzik ala ala elektrik macam Haram tiba-tiba tahun ni macam bohsan jah semua lagu-lagu. Ini pendapat aku laaaa.....aku tak tau la ampa semua macam mana. Nak kekal jugak macam ni? Tepuk dada tanya selera. 


Walaupun peminat punya kuasa dan hak untuk pilih apa yang mereka suka dengar, tapi tak salah kalau platform besar macam AJL dan TV3 jadi satu akademi yang memberi panduan dengan memperkenalkan muzik terbaharu agar industri kita lebih berkembang. Gitu!


Ulasan
Aku nak ubah format ulasan aku untuk tahun ini. Instead of buat ulasan satu-satu mengikut persembahan macam aku buat dulu2, aku nak gabungkan semua ulasan mengikut topik. 


Vokal - solo, duet dan berkumpulan
Bagi aku untuk malam ini semua orang memberikan persembahan vokal yang amat hebat, Ernie dan Aina memang tak dapat dinafikan. Depa dua sahaja wakil wanita untuk pentas AJL34 walaupun begitu, depa dua yang paling ditunggu tunggu. Namun persembahan vokal terbaik menang kat Hafiz Suip. 


Aku dah jangka dalam ulasan aku. Aku kata, walaupun vokal Ernie paling kita jangka nak menang vokal terbaik dan Aina Abdul pendatang baharu yang tidak kurang hebatnya, jangan terkejut kalau Hafiz Suip sapu semua anugerah ini sebab beliau pernah mencatat sejarah yang hebat sejak persembahan Awan Nano dahulu. Suara dia orang tua kata "Macam dengar dari kaset...".  Tambahan nota kaki daripada Regina Ibrahim yang memang tak puas hati dengan vokalis yang suka duk memberikan sebutan/diksi persis anak mat salleh. Perhatikan cara nyanyian Hafiz Suip untuk sebutan perkataan melibatkan huruf T, CH,  D...tapi paling ketara kat huruf T!! Hangpa dengar betui betui.  Aku se'tchu'ju dengan Mama Regina.


Vokal lain yang bagi akak hebat adalah Hazama dalam persembahan Peneman. Berbanding persembahan Hazama dalam AJL yang lalu-lalu, tahun ini Hazama lebih tenang dan yakin. Memang vokal beliau sangat mantap. Masa beliau habis persembahan, aku dah bisik dalam hati, silap hari bulan Hazama boleh menang wehs.


Vokal pemenang juara Naim Daniel bagi aku mula-mula steady, tapi ditengah persembahan vokal dia jadi flat (maksudnya dah tak boleh lagi tinggi...dah tak boleh rendah lagi). Sapa telinga arif muzik sahaja boleh detect perkara ini. Vokal Akim tak berapa mantap sebab mungkin lagu Rampas banyak main low register. Vokal Haqiem Rusli pun tak berapa steady,  tetapi bagi aku di akhir persembahan tercapai keyakinan lepas dia betul-betul bukak spek mata hitam tu...ganggu arh.  Aku kan dah kata....SILA BUKAK SPEK MATA TU


Aku jugak nak amik kesempatan ini nak puji persembahan vokal Bob Yusof yang berjaya untuk TIDAK MEROSAKKAN lagu Anta Permana. Sebutan dia sangat jelas dan tidak melebih-lebih lenggok nyanyiannya. SAYANG SEKALI ADA KESILAPAN TEKNIKAL YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK TV3 menyebabkan suara Dato Siti Liza tak menjelma semasa dia membuat kezutan. Memang nampak muka Dato' sangat kecewa time tu. Aku harap Dato' Siti Liza menyaman pihak penganjur sebab kesalahan ini adalah tidak sepatutnya berlaku!!! Nota kaki,  tak sampai 24 jam,  TV3 Malaysia update video persembahan Anta


Vokal penyanyi Drama Band, mula-mula dah cantik dah tapi tiba-tiba ada terkincit sikit di sana sini. Vokal penyanyi pengganti untuk lagu Ragaman, Fairuz Misran pula bagi saya adalah lebih yakin dan lancar berbanding persembahan beliau dalam sesi Separuh Akhir. Nyanyian Kugiran Masdo masih tak mantap mungkin terbiasa dengan pembawakan persembahan dalam gig. 


Tapi bagi aku personally suara Ernie paling best semalam. Aku rasa macam bersemangat dengar kemantapan beliau BERSUARA!! Sapa setuju dengan aku angkat tangan dengan PC sekarang. 
Susunan Muzik
Kalau tak silap aku dalam pertandingan AJL finalis tak boleh ubah susunan muzik lebih-lebih nanti markah kena potong. Walaupun kebanyakan finalis memilih untuk setia pada susunan muzik asal, beberapa finalis memilih untuk ubah sedikit susunan muzik. 


Yang aku suka dan nak puji adalah susunan semula Ragaman. Susunan semula ini membuatkan nyanyian Fairuz lebih steady dan yakin. Kalau tutup mata memang dengar telur nyanyian dia mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 


Susunan muzik Bangun (Budak Flat) juga harus dipuji. Aman RA dapar deliver rap dia dengan lebih tersusun dan bersemangat.   Aku suka beliau memilih untuk menggunakan semua elemen pemuzik live berbanding muzik lagu elektrik.  Dia punya style sama macam otai-otai rap macam Jay Z dan Eminem.  In fact,  pagi semalam pun,  Eminem yang tampil selepas 17 tahun selepas menang Best Score for Oscar pada tahun 2003 membuat persembahan lagu Lose Yourself lengkap dengan pemuzik live yang sungguh bertenaga.


Seni Visual - Prop pentas, video, 3D efek, fesyen dan make up

Aku habaq benda tak best dahulu, kerja kamera. Haa perkataan curi daripada Mama Regina. Paling obvious, kat lagu Aman Ra aku rasa, masih lagi duk buat kerja kemera zaman 1990 an wehs. Zoom out zoom in. Apa ni??????  Macam takdak kreativiti langsung.  Hangpa tengok na aku bubuh balik capaian video persembahan Aman Ra dan perhatikan kerja camera yang pemalas.


Aku habaq benda tak best dahulu, kerja kamera. Haa perkataan curi daripada Mama Regina. Paling obvious, kat lagu Aman Ra aku rasa, masih lagi duk buat kerja kemera zaman 1990 an wehs. Zoom out zoom in. Apa ni??????  Macam takdak kreativiti langsung.  Hangpa tengok na aku bubuh balik capaian video persembahan Aman Ra dan perhatikan kerja camera yang pemalas.


Masa Dayang Nur Faizah masuk AJL nyanyi lagu Lelaki Teragung, masa tu ja aku nampak kesungguhan pihak finalis dan produksi AJL untuk buat fokus kerja kamera yang lain dari yang lain. Ikut peredaran lah sikit. 

Masa Dayang Nur Faizah masuk AJL nyanyi lagu Lelaki Teragung, masa tu ja aku nampak kesungguhan pihak finalis dan produksi AJL untuk buat fokus kerja kamera yang lain dari yang lain. Ikut peredaran lah sikit. 


Kerja kamera yang cekap dan kreatif bukan sahaja membuat visual para penonton dirumah lebih menyeronokkan tetapi membuatkan PEMBUAT PERSEMBAHAN NAMPAK LEBIH BAIK.  Contoh persembahan Lizzo lagu 'Truth Hurts' & 'Good As Hell' untuk 2019 Video Music Awards.  Walaupun dia ni spisyis manusia agam,  tapi kelihatan camera-compliment sepanjang shot ini.


Siriesly aku nak puji tahun ni punya persembahan para finalis memang nampak sangat profesional dan lebih bermutu. Level international sikit berbanding yang tahun tahun lalu. Kecuali Haqiem yang masih mengekalkan konsep persembahan nyanyian untuk Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya Butterworth yang masih ada lakonan dialog sedih-sedih.  Come on brooo................ Kalau betul dia nak hargai ayah dia,  apa kata masukkan video peribadi dan gambar-gambar bapak dia sendiri dalam paparan di belakang.  Tengok persembahan Camilla Cabello dalam Grammy tahun ini,  dia nyanyi lagu First Man dan dedikasi untuk bapak dia. ps/  Eh...Hafiz Suip pun tiru sikit cuma Hafiz tukar aprisiasi untuk isteri tersayang.


Kepada yang menonton di rumah, kita semua dihiburkan dengan persembahan visual yang amat antarabangsa tau. Bukan sahaja bab lighting yang compliment setiap konsep persembahan tapi dilengkapkan dengan visual 3D efek yang memang menarik. LED showcase bukan sahaja paparan belakang pentas malah atas pentas apabila camera shot dari atas. Memang cantik.


Sayanglah bila finalis macam Kugiran Masdor, Haqiem dan Drama Band tak memaksimakan penggunaan seni visual ini untuk persembahan depa. Duk bawak naik penari ramai-ramai bagi semak sahaja. 

Terima kasih team Faizal Tahir sebab buat tribute untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Saloma.  Touching weh.

Okay aku kena review ni~~Semua orang duk kutuk persembahan visual Aina Abdul yang dikatakan keterlaluan apabila tampil dengan dress putih berdarah. Wehsssssss.....dalam review ramalam AJL 34 yang aku tulis aku ada pesan kat Aina please jangan duk pakai baju bodo bodo na bila mai menyanyi atas pentas AJL sebab biasanya sapa yang first time masuk AJL ni suka duk pakai baju tak kena gaya. 


Tapi nenjia mula2 dia masuk, dengan dress kepok kepok warna putih mewah dari material satin Duschess kalau tak salah aku. Aku duk nampak macam dress Melania Trump kawen dulu. Tapi versi bertudung macam mana ka.


Pastu tiba-tiba tengah dia duk nyanyi....dress dia berdarah. Pergh!! AVANT GARDE PERFORMANCE. Aku sangat terkesima-tapi suka nak mampuih dengan apa yang aku tengok. Soooooooooooo dramatik. Habis AJL terus trending kata persembahan Aina sama macam Lady Gaga dalam MTV Music Award tahun 2009 yang menyanyikan lagu Paparazi.

Persembahan Aina Abdul untuk lagu Sumpah,  pentas akhir AJL 34.



Persembahan Lady Gaga untuk lagu Paparazi di mana dia tampil berdarah di pentas tribut untuk Mendiang Puteri Diana,  yang meninggal dunia pada tahun 1990-an akibat di kejar oleh Paparazi.


Nota kaki: Avant Garde maksud kata kerja new and experimental ideas and methods in art, music, or literature.


Sapa yang tak suka tu mungkin depa tak faham seni seni avant garde ni.  Siap ada penyataan rasmi daripada satu pihak yang menyelar tindakan persembahan Aina yang dikatakan memberikan TRIGGER kepada golongan pesakit mental.  Entahlah,  aku sendiri BIPOLAR DISORDER dan pernah beberapa kali mencuba untuk membunuh diri tapi masa aku tengok show tu aku tak rasa pun macam nak bunuh diri.  Apa yang aku rasa adalah,  macam mana melalui lirik lagu itu digambbarkan dia sumpah menyesal sebab meninggalkan orang yang dia sayang dan sekarang dia sendiri rasa terseksa dan sakit dari dalam.  Berdarah dalam hati tak siapa nampak weh.


Tapi aku pujila tindakan pihak berkenaan yang memberikan respon pantas untuk melindungi pihak yang lemah dan mempunyai tahap ke-trigger-an yang tinggi dalam soal mencederakan diri sendiri.  Ataupun,  mungkin depa ni lebih suka persembahan yang ada Dato Rosham Nor masuk masuk dengan dialog sedih kan...... kakak dan abang yang duk cerca Aina Abdul tu sila belajar belajar sikit tengok konsert dan persembahan artis antarabangsa ya.  Kalau tak pun,  KATOP TERUIH TV APA SEMUA.  TAK PAYAH TENGOK.  Aku pun kalau depression mode mai...aku tengok Harry Potter jaa....tengok mejik-mejik terbang-terbang pakai penyapu,  fight dengan orang takdak hidung.  Dalam fantasi aku.


Persembahan visual lain yang hebat dan mengejutkan aku adalah Drama Band. Ampa ingat tak make up dia??? Nakharammmmmmmmmmmm takutlah dengan mata bola ping pong tu kalau dia malam malam jalan macam ni kat tengah-tengah flat Taman Tun Sardon aku ti lari keriauuuuuu dari ataih macam gila!!! Tapi kudos kepada juru mekap macam mana depa mekap untuk masih membenarkan beliau menyanyi dengan elok.


Kudos kepada tukang make up Drama Band.

Pastu yang bestnya persembahan visual Drama Band adalah seperti mana dalam video klip muzik lagu ini di mana depa parody kejadian-kejadian viral dalam Malaysia. Kes-kes peserta Dewi Remaja dan Haqiem Rusli mengaku ada depression ditimbulkan semula. Tapi depa buat tambahan dengan menampilkan watak meme PU Abu yang kawen baharu dan ceraikan bini yang tengah mengandung, pastu ada Da'i Farhan (aksi angkat tanduk di dahu paling ketara) dan paling gempak keluaq dua watak yang menyerupai Dato' Seri Najib dan Datin Rosmah siap dengan sorotan kata kata 'Can I Advice u on something?" Damn!!  Tweet best pasai benda ni:  https://twitter.com/dnialhaikl/status/1226552246797660160


Persembahan yang very the Grammy level aku nak bagi kat Ernie. Suka sangat make up dan gaya rambut beliau. Dia pilih fesyen ala-ala rambut panjang mengurai sesuai dengan lirik lagu wanita wanita pasrah. Aku rasa macam tengok Demi Lavato punya show.


Akim and The Magistrates tak kurang hebat tampil ala ala slot filem Now You See Me pasai para ahli silap mata yang mencuri orang-orang jahat. Frame lampu-lapu biru dan daun pakau terbang jatuh dari langit sangat inspirasi dari filem tersebut.


Hazama and The Penglipur Lara punya set ala ala taman kubur sangat cantik. Kombinasi costume depa dengan make up dan gaya rambut juga sedap dipandang, walaupun costume yang lain dari baju biasa tapi tak nampak merapu dan murah.


Kisah Cinta Kita by Hafiz membuatkan aku macam smitten....waaaaaa....dia siap declare cinta dia dan isteri dalam persembahan. Siries aku touching sikit part ni, ada la rasa macam nak nangis nangis sikit. Sebab suara Hafiz pun sedap Ya Allah, and ini first time aku tengok wife dia. Cantikkkkk u olls. Mak feeling sat.


Lagu Sumpah by Naim amik konsep planet planet macam mana ka. Mejis la jugak ditambah dengan make up effek Naim seolah2 dia keluar dari lukisan komik. 
Naim Daniel,  AJL 34 tahun 2020.

Lady Gaga MTV EMA 2011 performance.

Emcee
Like I said, pengacara yang sama. Pengacaraan yang sama. Walaupun tak menyangkak dan tidak mengecewakan di mana mana part, aku rasa macam nothing to puji nor to carut. Cuma nak komen sikit, sikit ja....takdak kelainan. Skrip mendatar....(setiap kali habis satu persembahan...ayat wajid emcee adalah ...Wowwwww...whoooo...wowwww). 


Baju emcee....walaupun tema warna warna suara...tapi pasai pa warna baju baju peserta macam bohsan. I sedih la....i expect yang seorang fashionista melalui IG nya tampil dengan gaya biasaaaaa sahaja. Tak nampak Master of Ceremony pun. 


Persembahan Selingan
Boring laaaa...kecuali abang Lah and M Nasir....dua duaaaaa tu memang gula gula di telinga dan di mata..........sapa setuju angkat tangan!


Cuba tengok ini!

Pastu tengok ini.

Tahniah Ropi Pak Kordi dijemput untuk buat persembahan.


Keputusan
Tiga jangkaan aku kena, Hafiz, Anta Permana dan Aman Ra. Tapi aku mcm tak boleh terima lagu Sumpah menang. Lagu tu memang lah sedap, tapi tak mengangkat kehebatan dan keunikan lagu2 baharu yang sepatutnya mencorakkan kepelbagaian muzik tanah air di dekat kedua kurun ke 21 ini. Mungkin its time to give that chair back again to M Nasir. 


M Nasir berani pilih dan nobatkan lagu dan pemuzik pelik2!!! Yang akan membuatkan kita bebai untuk dua minggu tapi lepas tu......lagu lagu yang keluaq kat corong radio akan berubah. 

Aku agak setuju dengan tweet ini.


Cadangan
Untuk kelestarian AJL agar terus relevan di masa akan datang aku harap libatkan industri muzik ini dengan sekolah2 dan universiti yang menawarkan program muzik yang baik. Mungkin wujudkan pertandingan ciptaan lagu untuk peringkat pelajar. Depa boleh masuk mengikut sekolah/institusi. Sapa yang menang layak dapat grand untuk bangunkan program muzik kat sekolah tu.


Tak semestinya buat pertandingan yang menelan belanja besar, platform sosial media boleh digunakan untuk masuk hingga peringkat pelajar di pedalaman. Mana tau kat hujung ulu sana, ada pasukan anak anak orang Asli yang nak perjuangkan seni muzik datuk nenek depa yang kalau tak dijaga...pupus hilang macam tu sahaja.


Malaysia banyak bakat hebat-hebat tapi kalau takdak kesinambungan antara muzik masa kini dan masa depan.......silap hari AJL hilang serinya begitu sahaja. Tahun ini genap 34 tahun AJL, kalau dalam perkhidmatan seharusnya AJL dah masuk pangkat yang tinggi dan hebat. Bukan level level lagu kitar semula dan pencapaian persembahan yang kita pernah tengok sejak zaman Ramlah Ram bubuh lampu bentuk love kat baju.

Tahniah Naim Daniel,  Ustaz Shukri pun puji hang berapa kali duk sujud syukur.


ps/  Pembetulan artikel,  ketua juri adalah Ajai.  Thanks Shaznida.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE