4.12.19

Eastin’s Yuletide Feast Christmas Buffet at Eastin Hotel Penang

Terima kasih Eastin Hotel Penang atas jemputan ini. 



Bersempena dengan perayaan hari natal, restaurant Swez Brasserie di Eastin Hotel Penang menyajikan Christmas Eve Buffet Dinner bertajuk Eastin’s Yuletide Feast. Oh! Aku sangat suka sajian yang disediakan oleh pihak Eastin hasil karya kulinari daripada Chef Alex yang baru jer join Eastin Hotel Penang. Pilihan citarasa istimewa yang sering disajikan sepanjang musim perayaan Krismas dari negara Barat malah Asia. Oh! Tunggu aku kongsi gambar Kim Chee Soup with Clams and Tofu. Tentu-tentu resepi Korea yang amatlah menarik. Bau ja….pergh!


Me with Mr.  Santa and Eastin families.


Hidangan dia semua lain dari lain, banyak yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Tunggu nanti I susun semua gambar dan video kat bawah dengan deskripsi, u olls boleh tengok sendiri. First time cuba chicken liver terrine, braised beef ribs, gravlax…nama pun susah nak sebut u olls. Oh yes, I cakap tak pasai dia punya Roasted Turkey? Gila punya sedap. Moist dan flavourful. Chef Alex habaq, dia guna teknik brining. Aku pun baru google apa Teknik tu? So basically, Teknik memerap daging/ayam dalam ramuan air berperisa. Lepas tu baru bakar. Kerlas…. 


Chef Alex sedang memberikan tips akhir kepada team kulinarinya.


2.12.19

Once Upon A Time in Hollywood


Yeay! Sebuah filem dari salah seorang Pengarah Filem kesukaan aku,  Quantin Tarantino.  Pasaipa aku suka mamat ni?  Dia otak kuning,  cara dia masukkan keseksian dalam cerita dia sangatlah 'kotor' tapi mahal. Paling tak buleh lupa, macam mama Salma Hayek menari dengan ular dalam filem From Dusk till Dawn pastu dia tuang air arak dari kaki dia dan bagi watak lelaki dalam cerita tu minum. Shit!! Ini adalah pameran seks kotor yang nampak sangat mahal untuk penonton yang mempunyai otak gila seperti kami jugak.  Selain itu, Quantin adalah pengarah filem kesukaan aku adalah sebab cerita-cerita fisyen yang lawak campur horror campur tembak dan darah yang sangat ngeri. Tapi........PELAKON DALAM CERITA DIA MESTI SEMUA BEST2 DAN HEBAT.  Dia la perkenalkan pelakon Colenal Landa dalam cerita Inglourious Basterds . Haram watak tu paling epik. Oh yes, aku habaq lagu-lagu dalam filem Quantin pun mesti best dan rare!!!!


Brad Pitt dan Leonardo Di Caprio sebagai Rick dan Cliff.

Review Gegar Vaganza 6 Minggu ke 8



Hello u olls,  takutnya nak buat review pasai artis atau apa-apa lagi yang tengah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.  Takut apa?  Takut kena saman.  Kita tulis benda betul pun salah,  kita bagi pengajaran dan panduan.  Ulasan berdasarkan kerajinan aku mencari fakta dan berbandingan usul,  itu pun tak boleh.  Semua nak sakit jubs dan semua ugut nak saman.  Aku stop menulis review kes-kes sosial ni lebih kurang 1 tahun dah,  aku rasa sekarang buleh start balik.  Tapi aku nak bubuh disclaimer siap-siap kat bawah blog aku. 

"Sila ambil perhatian bahawa blog ini adalah sebuah blog peribadi. Sehubungan itu, sebarang penulisan ulasan dan penceritaan adalah semata-mata untuk tujuan hiburan.  Sebarang pendapat adalah luahan saya sendiri yang subjektif dan tidak semestinya tepat dan benar. Walau bagaimanapun, saya akan membuat kajian sebanyak mungkin untuk setiap informasi yang diperlukan."

Tapi takpalah,  kita buka tirai baru.  Orang nak seronok-seronok,  mesti ada punya segelintir yang busuk-busuk hati sebab depa sendiri tak tau nak cari keseronokan hidup macam mana.  So here goes,  review pertama aku pasai artis nahai ni semua untuk tahun 2019 dan tahun-tahun seterusnya.

Aku tak berapa sangat ikuti Gegar Vaganza (GV) dari awal sebab aku tau,  kot awai-awai semua duk nyanyi yang ceroi punya.  So aku tunggu yang hujung baru aku start tengok.  Untuk orang takdak Astro dan takdak TV kat rumah macam aku,  beruntung sebab siaran GV sekarang disediakan melalui tayangan Youtube.  Bagus Astro,  langkah digital yang berani.

So next,  jom kita buat review ringkas tentang persembahan para peserta untuk Gegar Vaganza 2019 minggu ke 8 bertemakan RE-SET!

25.11.19

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE

Hello u olls.  So baru-baru ini I olls,  my fashion designer friend Shanell Harun and MUA Zarina Abd Rahman dijemput bersama sesi makan malam bersama pengasas SchocoLITE iaitu Elfie Azizan.  SchocoLITE ni apa? SchocoLITE ni adalah minuman kesihatan yang dihasilkan daripada lima bahan iaitu Tea extract,  cocoa,  L-Carnitine,  hoodia gardonii dan guarana, yang boleh membantu untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan.

Founder & ajen-ajen SchocoLITE bergabung meletops!
Gambar ini dan beberapa oleh Nana Azman


Produk ni baru saja di pasaran,  tak sampai satu tahun lagi. Dan istimewanya produk ini dilancarkan untuk penjualan di sekitar Utara Malaysia dahulu.  Haa walaupun pengasasnya dari area-area selatan,  tapi dia test market kat Penang dulu!  Setakat ini SchocoLITE dah ada lebih kurang 20 ajen aktif yang sah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Taiping.  Dan sedang mekar berkembang ke kawasan penting lain dalam Malaysia.  Walaupun baru saja produk ni dilancarkan,  tapi siriesly bila kami bersama-sama dengan sesi penceritaan dan perkongsian daripada founder dan ajen-ajen,  aku rasa macam THIS IS MORE THAN JUST CHOCO DRINKS.


Pasaipa?  Sebab produk ini alhamdulillah telah banyak memberikan feedback berkesan daripada para pengguna,  lelaki dan juga perempuan.  Ramai yang telah berjaya menghilangkan berat badan.  Selain itu,  founder amat menegaskan etika dalam menjalankan perniagaan kepada para ajen.  Aku suka dia duk berceramah bab ini sebab nak meniaga apa pun,  walaupun meniaga karipap,  hang kena beretika.  Barulah perniagaan hang lestari.  Memang depa berjaya 


The Crown Season 3

Review ini takdak spoiler.  Nak spoiler apa aih,  kanka semua cerita keluarga Diraja British kita semua dah tau?


Yeah!  The Crown Season 3 dah keluar.  Tepat pada tarikh release,  jam 4:00 petang waktu tempatan,  aku bukak Netflix nenjia semua 10 episod dah ada siap.  Aku amik masa dua hari bagi habis.  Musim ketiga drama bersiri The Crown terbitan asli Netflix adalah sebuah sorotan cerita yang berlaku kepada Queen Elizabeth II bagi setiap dekad (10 tahun) disusun dalam beberapa episod untuk satu musim.  Seperti kita tahu,  musim pertama dan kedua menyoroti kisah-kisah besar Queen Elizabeth II sekitar tahun 50an hingga 60 an yang dilakonkan oleh Claire Foy.  Untuk musim ketiga,  penerbit drama bersiri ini memilih untuk mengambil Olivia Colman untuk melakonkan watak Queen Elizabeth II dan untuk musim ketiga dan keempat ini,  kisah-kisah kehidupan ratu England sepanjang tahun 70an dan 80 an.

So macam mana?  Hangpa dah tengok ka?  Ini adalah pendapat ikhlas aku.  Mungkin pandangan aku berbeza dari hangpa,  dan mungkin ketika aku tulis review ini aku baru SEKALI tengok episod-episod ini.  Percayalah,  aku memang suka The Crown dan untuk episod dalam musim-musim pertama dan kedua aku dah tengok more than 4 kali aku rasa.  Aku suka ulang-ulang dan tengok lagi sekali cara depa berlakon dan cakap semua.  Best.

Adakah pendapat aku masih sama apabila semua pelakon utama telah bertukar?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE